Kes mingguan denggi lepasi 1,000 buat 5 minggu berturut-turut
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sehingga Isnin (13 Jun), terdapat 422 kelompok denggi aktif di Singapura dengan 133 kawasan berada dalam senarai amaran merah setelah masing-masing mencatat 10 atau lebih banyak kes.
Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) melaporkan hampir 1,200 kes denggi dicatatkan minggu lalu.
Bermakna, buat lima minggu berturut-turut, jumlah kes mingguan sudah melepasi 1,000 kes.
Secara keseluruhannya, jumlah kes yang dicatatkan tahun ini juga sudah menjangkaui 13,000berbanding 5,200 kes yang dilaporkan sepanjang tahun lalu.
Ia merupakan penularan terbesar yang melanda negara ini sejak tahun 2020.
NEA sudahpun memberi amaran bahawa kes denggi mingguan boleh meningkat sehingga 2,000 kes pada bulan ini.

Sumber : CNA/IA/fz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.