Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes mingguan COVID-19 dalam kalangan kakitangan SAF meningkat dek Omicron

Anggaran Waktu Membaca:
Kes mingguan COVID-19 dalam kalangan kakitangan SAF meningkat dek Omicron

Gambar: SAF

Diterbitkan : 28 Feb 2022 06:59PM Dikemas Kini : 28 Feb 2022 07:01PM

SINGAPURA: Jumlah jangkitan mingguan dalam kalangan kakitangan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) meningkat kira-kira 17 peratus daripada minggu sebelumnya disebabkan oleh lonjakan kes varian Omicron dalam masyarakat, kata Menteri Negara Kanan Pertahanan Heng Chee How di Parlimen pada Isnin (28 Feb).

Sebahagian besar daripada kes-kes itu dibawa masuk ke SAF melalui jangkitan dalam masyarakat yang dikesan melalui ujian-ujian rutin, dedah Encik Heng.

"Walaupun terdapat penularan terhad dalam kem-kem dan markas-markas kita, sebahagian besar kakitangan SAF yang terjangkit virus tersebut menunjukkan gejala ringan atau tidak bergejala sama sekali. Namun, kami tidak akan mengambil mudah akan perkara ini," kata beliau.

Encik Heng berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Anggota Parlimen Louis Ng (PAP-Nee Soon) yang bertanya tentang langkah-langkah pengurusan selamat COVID-19 bagi anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) yang dibenarkan meninggalkan kem tetapi dikehendaki kembali ke kem sebelum tamat hari yang sama.

Encik Ng juga bertanya sama ada terdapat peningkatan pada jumlah kes jangkitan COVID-19 di kem-kem tentera yang dibawa masuk oleh para NSF.

Menjawabnya, Encik Heng menerangkan bahawa Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan memantau jumlah jangkitan dengan teliti dan sudah bersiap sedia untuk mengubah suai langkah-langkah pengurusan selamat jika perlu.

LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN SELAMAT DALAM KEM TENTERA

Encik Heng juga menggariskan langkah-langkah pengurusan selamat yang sudah dilaksanakan bagi melindungi kakitangan SAF termasuk NSF bagi mencegah penularan besar.

Langkah-langkah itu termasuk vaksinasi, ujian, langkah-langkah pengurusan selamat dan "pembendungan pantas" sekiranya berlaku penularan kes-kes positif COVID-19, kata beliau.

Lebih 99.7 peratus kakitangan SAF sudah menerima dua suntikan vaksin dan hampir 87 peratus pula sudah menerima suntikan dos penggalak, kata beliau.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan