Kes mahkamah lelaki lompat dari bus dalam nahas penunggang motosikal akan dipercepatkan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Instagram/sandrafaustinalee
SINGAPURA: Seorang lelaki yang melompat keluar dari sebuah bas mini di ekspreswe, sehingga menyebabkan kemalangan yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal, tiba di mahkamah pada Isnin (11 Dis) menggunakan tongkat lengan.
Pendakwa berkata mereka akan cuba untuk mempercepatkan kes tersebut.
Eldaniz Ibishov, seorang warga Rusia 38 tahun, didakwa bulan lalu dengan menyebabkan seorang penunggang motosikal, Encik Muhammad Nurhilmi Atan, mengalami kecederaan parah, dengan melompat dari sebuah kenderaan bergerak di East Coast Parkway (ECP).

Encik Nurhilmi dikejarkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri dan meninggal dunia lewat hari itu.
Pada Isnin, peguam Ibishov, Encik Barry Douglas Delaney, berkata bahawa beliau sudah membentangkan pernyataannya
bagi pihak anak guamnya, kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 7 Disember dan sedang menunggu jawapan.
Encik Delaney menjelaskan bahawa penjamin Ibishov adalah abangnya, dan syarat jaminan adalah supaya Ibishov perlu bersama abangnya sepanjang 24 jam, tujuh hari seminggu.
Ibishov dan abangnya kini berada di Singapura dengan pas khas yang akan tamat pada Januari. Mereka sedang menginap di sebuah hotel, seperti yang diberitahu kepada mahkamah.
Encik Delaney berkata abang kepada anak guamnya perlu meninggalkan Singapura "tidak lama lagi".
Pihak pendakwaan berkata mereka akan cuba mempercepatkan kes tersebut, yang disetujui hakim.
Namun, beliau berkata ia bukan "idea yang bagus" bagi Ibishov yang berada di Singapura seorang diri.
Hakim menetapkan persidangan praperbicaraan untuk kes tersebut pada 18 Disember, dan meminta pendakwa untuk mempercepatkan jawapannya terhadap pernyataan pihak pembela.
Jika pihak pendakwa masih ingin meneruskan dakwaan terhadap Ibishov, satu tarikh supaya Ibishov dapat mengaku bersalah boleh ditetapkan, tambahnya.
Hukuman menyebabkan kecederaan parah dengan bertindak terburu-buru adalah hukuman penjara sehingga empat tahun, denda sehingga S$10,000, atau kedua-duanya.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.