Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes jurutera IT yang jadi radikal satu peringatan kepada ancaman pengganasan yang masih berleluasa, tegas Masagos

Rakyat Singapura, seorang jurutera IT berusia 33 tahun, yang menjadi radikal ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Ogos lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes jurutera IT yang jadi radikal satu peringatan kepada ancaman pengganasan yang masih berleluasa, tegas Masagos

Gambar fail Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli.

SINGAPURA: Rakyat Singapura, seorang jurutera IT berusia 33 tahun, yang menjadi radikal ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Ogos lalu.

Kes terbaru ini satu peringatan bahawa ideologi radikal masih berleluasa dan ancaman pengganasan "masih wujud".

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli menegaskan demikian melalui catatannya di Facebook semalam (12 Sep).

Ahmed Hussein Abdul Kadir s/o Sheik Uduman menjadi radikal selepas terdedah kepada ajaran songsang para pendakwah yang berpegang kepada fahaman pelampau. Dia juga terus berhubungan dengan para individu yang menyokong kumpulan ISIS online.

Dalam catatannya, Encik Masagos berkata bahawa masyarakat Islam Singapura berdiri teguh menentang ajaran-ajaran fahaman pelampau.

"Kiita mesti bersikap berwaspada terhadap ancaman ideologi-ideologi radikal yang disebarkan secara online dan para penceramah yang menyebarkan ajaran tegar. Kita mesti saling mengambil berat terhadap satu sama lain, dan sekiranya terdapat sebarang tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu mungkin menjadi radikal, maka individu tersebut harus dirujukkan kepada Majlis Ugama Islam Singapura MUIS, RRG atau pihak polis."

Encik Masagos menambah, "Rangkaian Belia Asatizah (AYN) sudah melancarkan beberapa usaha untuk mendampingi para belia. Ini termasuk sesi-sesi yang ditawarkan di Masjid Al-Falah di Orchard Road, untuk para belia menanyakan soalan-soalan mengenai sifat eksklusif dan konflik keganasan yang wujud. Para asatizah yang terlatih juga akan menawarkan khidmat kaunseling dan bimbingan kepada para belia di media sosial," tulis Encik Masagos di laman Facebooknya.

Beliau turut berkata bahawa penahanan Ahmed mengingatkan Singapura akan cabaran membanteras fahaman radikal. Dan menggesa seluruh masyarakat supaya terus bersatu bagi memelihara keamanan dan kedamaian di Singapura. 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan