Kes jangkitan pernafasan akut naik, perlu buat janji temu untuk vaksinasi COVID-19 di poliklinik
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Orang ramai yang ingin mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 di poliklinik kini perlu membuat janji temu. Ini berikutan lebih ramai pesakit dengan jangkitan pernafasan akut (ARI) yang datang ke poliklinik.
Hanya warga emas yang berusia 80 tahun dan ke atas dikecualikan daripada peraturan baru itu, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat (22 Jul).
Sejak dua minggu yang lalu, kes purata harian ARI akibat COVID-19 dan jangkitan lain meningkat dengan ketara di poliklinik, kata MOH.
"Untuk memastikan keupayaan poliklinik kami buat pesakit yang memerlukan penjagaan kesihatan penting, mereka yang ingin mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 di poliklinik kini harus membuat janji temu," tambah MOH.
Mereka yang layak juga masih boleh terus datang ke 10 Pusat Ujian dan Vaksinasi Bersama (JTVC) yang terletak di merata Singapura untuk suntikan vaksin mereka tanpa perlu membuat janji temu.

KADAR PESAKIT DI HOSPITAL AWAM
Hospital-hospital awam juga kini menerima lebih banyak pesakit dek gelombang COVID-19 disebabkan varian Omicron.
Sejak dua minggu lalu, jabatan kecemasan pesakit dewasa di hospital awam, secara purata mengendalikan sekitar 2,500 pesakit sehari berbanding 2,000 sebelum itu, menurut MOH.
Jabatan kecemasan bagi pesakit kanak-kanak di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) dan Hospital Universiti Nasional (NUH) pula secara purata mengendalikan kira-kira 680 pesakit sehari sepanjang dua minggu lalu. Jumlah tersebut merupakan peningkatan daripada purata biasa sekitar 450 dalam sehari.
Daripada jumlah tersebut, sekitar 40 peratus tidak memerlukan jagaan kecemasan, kata MOH.
"Kes sedemikian di jabatan kecemasan menganggu tumpuan rawatan kecemasan bagi pesakit yang benar-benar memerlukan rawatan kecemasan," tambah kementerian itu.
"Dengan itu, kami ingin mengingatkan orang ramai agar hanya mendapatkan rawatan perubatan di jabatan kecemasan hospital untuk kecemasan yang serius atau mengancam nyawa seperti sakit dada, sesak nafas dan pendarahan yang tidak boleh dikawal.
"Ini akan membolehkan pesakit dengan penyakit kronik yang memerlukan bantuan kecemasaan untuk mendapatkan rawatan segera serta membantu mengekalkan kapasiti hospital bagi mereka yang benar-benar memerlukan rawatan hospital."
NOVAVAX DI POLIKLINIK JURONG DAN YISHUN
MOH juga mengumumkan bahawa vaksin Novavax/Nuvaxovid akan ditawarkan di Poliklinik Jurong dan Poliklinik Yishun mulai 12 Ogos.
Kedua-dua poliklinik itu masih akan menawarkan vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty bagi mereka yang ingin mendapatkan suntikan kedua atau dos penggalak mereka hingga 5 Ogos.
Mereka yang layak dan ingin mendapatkan vaksin Novavax/Nuvaxovid boleh juga terus datang ke JTVC di Bishan serta 20 Klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPC).
"Kami menggalakkan semua orang supaya mendapatkan suntikan vaksin dan dos penggalak mereka secepat mungkin untuk kekal dilindungi daripada jangkitan COVID-19 yang lebih memudaratkan," menurut MOH.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.