Kes jangkitan COVID-19 naik daripada 9% kepada 17% dalam tempoh 3 minggu
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan: iStock
SINGAPURA: Kes jangkitan COVID-19 meningkat enam peratusan mata dari minggu pertengahan April hingga minggu pertama bulan ini.
Menurut para doktor, tahap kekebalan yang rendah, perjalanan ke luar negara pascapandemik dan kurangnya ujian antara sebab yang menyumbangkan kepada kenaikan kes.
Bagaimanapun, mereka berkata peningkatan kepada jumlah kes COVID-19 tidak perlu dibimbangkan.
Dalam minggu pertama Mei, purata harian sekitar 2,900 pesakit poliklinik menunjukkan gejala jangkitan pernafasan akut.
Sebanyak 17 peratus daripada mereka dijangkiti COVID-19.
Dua minggu sebelumnya, hanya 9 peratus daripada hampir 2,750 kes jangkitan pernafasan adalah kes COVID-19.
Ini menurut data yang dikumpulkan Agensi Penyakit Berjangkit.
Jumlahnya jauh lebih rendah berbanding puluhan ribu kes COVID-19 yang dicatatkan setiap minggu ketika pandemik berada pada puncaknya.
Para doktor yang ditemui berkata antara sebab di sebalik kenaikan jumlah kes tersebut adalah tahap kekebalan lebih rendah sedang jenis COVID-19 berubah-ubah.
Dr Lim Kim Show, seorang pengarah perubatan dari Life Family Clinic berkata: "Kebanyakan pesakit sebenarnya belum menerima suntikan vaksin sejak satu hingga dua tahun lalu dan kebanyakan daripada mereka mungkin mendapatkan vaksin terakhir, mungkin ada di antara mereka lebih dua tahun lalu.
"Dengan merosotnya kekebalan terhadap jangkitan COVID, mereka sebenarnya lebih rentan, terutama mereka yang berisiko tinggi seperti pengidap kencing manis atau pesakit yang sistem imunnya mudah terjejas dengan gejala penyakit."
Seorang pengarah Chua Medical Clinic and Surgery, Dr Chua Guan Kiat pula berkata: "Perjalanan ke luar negara meningkat tanpa banyak pemeriksaan dan ramai orang fikir bahawa COVID sudah berakhir. Mereka tidak melakukan ujian ke atas diri mereka apabila mereka mengalami gejala seperti COVID.
"Ramai pesakit yang menjalani ujian di klinik kami adalah kerana mereka mempunyai perlindungan insurans syarikat bagi ujian COVID dan ramai lagi pesakit lain, mereka tidak mahu bayar untuk ujian COVID.
"Kami ada menasihati mereka untuk pulang ke rumah dan buat ujian, bagaimanapun, kami tidak pasti berapa ramai yang sebenarnya pulang dan melakukan ujian ke atas diri sendiri."
Walaupun keadaannya sekarang terkawal, para doktor tetap menasihati para penduduk agar berwaspada terhadap gejala yang mereka alami sekiranya mereka jatuh sakit.
Selain cepat mendapatkan rawatan, doktor juga menasihatkan orang ramai agar memakai pelitup jika mereka berasa kurang sihat.

Sumber : CNA/FZ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.