Kes jangkitan COVID-19 meningkat; warga emas,individu rentan digesa ambil suntikan dos penggalak vaksin bivalen
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Today/Leonard Leong)
SINGAPURA: Golongan warga emas berusia 60 tahun dan ke atas serta mereka yang mudah terdedah dari segi perubatan amat dinasihatkan supaya mendapatkan suntikan dos penggalak vaksin bivalen sekitar setahun selepas menerima dos penggalak terakhir mereka.
Ini selepas kes-kes COVID-19 dan kemasukan ke hospital melonjak sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
Mereka boleh mula mendapatkan suntikan itu selepas lima bulan dari suntikan dos penggalak terakhir mereka.
Dalam kenyataan media pada Isnin (22 Mei), Jawatankuasa Pakar mengenai Vaksinasi COVID-19 di bawah Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan bahawa pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke hospital berkemungkinan besar tidak memgemas kini vaksinasi mereka dan belum lagi mendapatkan suntikan dos vaksin penggalak.
Sebilangan besar daripada mereka belum melengkapkan vaksinasi mereka sekalipun untuk mencapai perlindungan minimum.
"Kemasukan mereka ke hospital mungkin boleh dielakkan dengan mendapatkan vaksinasi."
Menurut jawatankuasa pakar itu, suntikan lengkap bagi perlindungan minimum masih dapat mencegah penyakit COVID-19 yang teruk untuk tempoh lebih setahun setelah ia selesai dilakukan.
Ia menambah bahawa dos penggalak vaksin bivalen menawarkan perlindungan lebih baik terhadap strain Omicron, yang menyebabkan lonjakan pada kes COVID-19 baru-baru ini.
Perlindungan minimum bagi orang dewasa bermaksud mereka harus melengkapkan salah satu daripada berikut:
Tiga dos vaksin mRNA atau vaksin Novavax atau Nuvaxoxid
Empat dos vaksin Sinovac-CoronaVac
Individu berusia 60 tahun dan ke atas serta mereka yang mudah terdedah dari segi perubatan akan meraih manfaat terbesar daripada dos penggalak bivalen. Ia akan mengurangkan lanjut risiko mereka dimasukkan ke hospital dan mengalami penyakit teruk akibat COVID-19.
MANFAAT VAKSINASI MELEBIHI RISIKO
Jawatankuasa pakar menyatakan meskipun vaksin COVID-19 membawa beberapa risiko, manfaatnya jauh melebihi risiko, memandangkan kebanyakan kesan sampingan yang biasa dialami adalah ringan dan hilang sepenuhnya.
"Risiko kesan sampingan teruk akibat vaksinasi adalah sangat rendah, sekitar tujuh daripada 1000,000 individu di dalam negeri, dan ia malah lebih rendah dengan suntikan penggalakn mRNA bivalent.
"Sebaliknya, risiko penyakit teruk akibat COVID-19, termasuk kesukaran bernafas dan bahkan juga kematian, boleh menjadi setinggi tujuh daripada 100 individu dalam kalangan warga tua yang tidak divaksin. Vaksinasi mengurangkan risiko penyakit teruk sebanyak lebih 80 peratus."
Jawatankuasa itu menggesa semua individu yang layak supaya mendapatkan suntikan vaksin bagi mencapai perlindungan minimum terhadap COVID-19.
Golongan berusia 60 tahun dan ke atas serta individu mudah terdedah dari segi perubatan yang sudah mencapai perlindungan minimun seharus menerima satu suntikan dos penggalak vaksin bivalen yang dikemas kini sekitar setahun selepas mendapatkan dos penggalak terakhir mereka.

Sumber : Today/FZ/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.