Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes gaduh Orchard Rd: Lelaki 29 tahun akan didakwa atas kesalahan membunuh

Anggaran Waktu Membaca:
 Kes gaduh Orchard Rd: Lelaki 29 tahun akan didakwa atas kesalahan membunuh

Gambar hiasan. (Gambar: Jeremy Long)

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 29 tahun akan didakwa di mahkamah pada Selasa (22 Ogos) atas kesalahan membunuh.

Ini selepas pergaduhan tercetus di Orchard Road pada Ahad (20 Ogos).

Seorang lelaki lain berusia 29 tahun mati selepas pergaduhan yang berlaku di 100 Orchard Road - iaitu alamat hotel dan pusat beli-belah Concorde - sekitar pukul 6.00 pagi Ahad, menurut polis dalam satu kenyataan media pada Isnin (21 Ogos).

Polis menemui dua lelaki, berusia 23 dan 29 tahun, yang mengalami beberapa kecederaan. Lelaki 29 tahun itu tidak sedarkan diri semasa dikejarkan ke hospital, di mana dia meninggal dunia.

Lelaki berusia 23 tahun itu pula dalam keadaan sedar semasa dibawa ke hospital.

Seramai 14 orang, dalam lingkungan usia antara 22 dengan 32 tahun, diberkas kerana disyaki merusuh dengan menggunakan senjata selepas pergaduhan tersebut, menurut polis.
Dalam satu kemas kini pada Isnin malam, polis menyatakan enam daripada lelaki itu akan didakwa atas kesalahan merusuh dengan menggunakan senjata, sementara seorang lagi individu akan didakwa atas kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.

Polis juga akan memohon bagi perintah mahkamah untuk menahan reman semua lapan lelaki bagi siasatan lanjut.
Sebilah pisau dirampas polis selepas pergaduhan di Orchard Road pada 20 Ogos 2023. (Gambar: SPF
Pisau lipat dirampas polis selepas pergaduhan di Orchard Road pada 20 Ogos 2023. (Gambar: SPF)
Pada Awal Isnin, tiga suspek didakwa atas kesalahan merusuh menggunakan senjata berbahaya. Mereka ialah Mervyn Veryl Daud, 28 tahun, Balakrishna Subramaniam, 32 tahun, and Sijesh Asogan, 25 tahun.

Senjata termasuk dua pisau lipat dan pisau roti dipercayai digunakan dalam insiden tersebut dan sudah dirampas oleh polis.

"Semua orang dipercayai saling mengenali antara satu sama lain dan pergaduhan itu tercetus disebabkan pertikaian," menurut polis.

Siasatan polis ke atas baki dua lelaki dan seorang wanita, berusia antara 22 dengan 26 tahun, sedang dijalankan, menurut polis pada Isnin malam.

Mereka yang disabit kesalahan membunuh berdepan hukuman mati.

Jika sabit kesalahan merusuh dengan senjata berbahaya, suspek boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan dikenakan sebatan rotan.

Jika sabit kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya, suspek boleh dipenjara sehingga tujuh tahun, didenda, dikenakan sebatan rotan atau gabungan mana-mana hukuman tersebut.
Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan