Kes Felicia Teo: Hakim Besar tolak rayuan tarik balik dakwaan bunuh
Anggaran Waktu Membaca:

Ahmad Danial Mohamed Rafa'ee dan Felicia Teo. (Gambar: CNA/Gaya Chandramohan, Blogger/findfelicia)
SINGAPURA: Hakim Besar Sundaresh Menon pada Khamis (9 Mac) menolak rayuan pihak pembelaan bagi Ahmad Danial Mohamed Rafa'ee supaya tuduhan membunuh dalam kes Cik Felicia Teo yang hilang pada 2007, ditarik balik sepenuhnya.
Pihak pendakwa mempunyai sebab untuk percaya bahawa subahatnya sedang berada di Indonesia dan bukti tersebut penting bagi siasatan pembunuhan berkenaan.
Pihak berkuasa di negara itu sudah dihubungi untuk menahan lelaki berkaitan.
Hakim Besar Menon berkata ia merupakan petunjuk yang masih wujud, yang dapat memberi keterangan dalam kes tersebut.
LATAR BELAKANG
Mayat Cik Teo, pelajar berusia 19 tahun di Lasalle ditinggalkan oleh Ahmad Danial dan Encik Ragil Putra Setia Sukmarahjana yang turut didakwa terlibat.
Menurut Ahmad Danial, Cik Teo meninggal dunia selepas mereka bertiga mengambil ekstasi di dalam sebuah flat di Marine Terrace. Dalam keadaan panik, kedua-dua lelaki itu memindahkan mayat Cik Teo ke Punggol di mana mereka menanam dan membakar mayat tersebut.
Pada Oktober 2022, Ahmad Danial dijatuhkan hukuman penjara 26 bulan atas dakwaan membuang mayat Cik Teo, mengambil barangan peribadinya serta memberi bukti palsu kepada polis.
Dia dipercayai melakukan kesalahan-kesalahan itu bersama Encik Ragil yang masih lolos.

Peguam Ahmad Danial, Encik Nathan berhujah bahawa tidak adil bagi tertuduh dibebani dengan tempoh yang tidak ditetapkan selepas dilepaskan namun tidak dibebaskan daripada tuduhan.
Beliau berkata anak guamnya itu belum dapat meneruskan kehidupannya disebabkan kes tersebut. Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) misalnya menolak permohonan Ahmad Danial untuk memperbaharui pasportnya.
TIDAK BOLEH TERUSKAN HIDUP
Hakim Besar berkata sekali pun pihak pendakwa tidak mengenakan tuduhan ke atas Ahmad Danial pada 2020, dia pasti akan masih tidak terlepas daripada dibelenggu isu itu.
Beliau memberitahu Encik Nathan bahawa salah satu hambatan besar kes itu adalah hakikat Ahmad Danial berbohong semasa disiasat pada 2007.
"Maka itu, anak guam anda yang menyebabkan masalah siasatan ditunda atau sekurang-kurangnya menyumbang kepada hal tersebut," katanya.
Encik Nathan kemudian meminta perkembangan tentang usaha pihak pendakwa mengesan Encik Ragil. Beliau berkata pihak pendakwa memberi "jawapan kurang jelas" terhadap siasatan berhubung Encik Ragil. Namun Hakim Besar Menon beliau tidak menanyakan soalan yang terperinci kerana tidak ingin mengganggu siasatan.
Timbalan Pendakwa Raya Yang Ziliang menjelaskan Ahmad Danial yang dilepaskan namun tidak dibebaskan daripada tuduhan adalah satu keseimbangan untuk berlaku adil kepada Ahmad Danial dan Cik Teo.

Sumber : CNA/HY/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.