Skip to main content

Singapura

Kes dikriminasi di tempat kerja dijangka bertambah sebelum merosot

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 04 Aug 2023 07:29PM Dikemas Kini : 04 Aug 2023 10:37PM
SINGAPURA: Jawatankuasa tiga pihak menjangkakan jumlah kes diskriminasi di tempat kerja akan bertambah sebelum ia merosot apabila lebih ramai orang sedar mengenai isu terserbut.

Jawatankuasa itu menerima purata 315 aduan setiap tahun.

NTUC menyatakan ia sudah bersedia untuk menangani beban tugas yang bertambah.

Setiausaha Agung NTUC Ng Chee Meng berkata: "Ada banyak perkara yang sudah kami perjuangkan dan kami akan terus melakukannya tanpa mengira sama ada jumlah kes akan bertambah atau merosot atau pada jangka panjang berkurangan. Ini kerana, saya percaya dalam pendekatan tiga serampang, perundangan adalah pilihan terakhir. Apa sahaja hasil perundangan - sama ada tahap kesedaran meningkat atau tidak, tidak akan mengubah keseluruhan landskap bahawa NTUC percaya dalam usaha mewujudkan tempat kerja yang lebih adil bagi semua pekerja."

Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF) mengalu-alukan adanya undang-undang baharu itu.

SNEF percaya sekitaran di tempat kerja yang lebih adil boleh meningkatkan daya penghasilan.

Anggota SNEF Kohe Hasan berkata: "Pada pendapat saya, undang-undang ini adalah undang-undang yang seimbang. Contohnya, bagi pertubuhan atau perusahaan yang memang memerlukan (pekerja) dari segi perniagaan, pekerja yang mungkin pekerja Islam, seperti Halal F&B, dari situ undang-undang ini tidak mengecualikan majikan daripada mengambil pekerja yang memang pekerja Islam."
Sumber : CNA/AI/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita