Kes dera kanak-kanak 4 tahun: Laporan agensi khidmat sosial tidak beri gambaran penuh kecederaan, kata MSF
Anggaran Waktu Membaca:

Foo Li Ping (kiri) dan Wong Shi Xiang (kanan) disabit kesalam dalam kes kematian Megan Khung. (Gambar: Instagram)
SINGAPURA: Agensi perkhidmatan sosial yang terlibat dalam penjagaan Megan Khung, 4 tahun, tidak memberi gambaran penuh tahap teruk kecederaan yang dialami kanak-kanak itu dalam satu laporan.
Ini menyebabkan "campur tangan tidak mencukupi" sebelum kematiannya, menurut Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) pada Selasa (8 Apr).
Megan meninggal dunia pada Februari 2020. Dia didera oleh ibunya Foo Li Ping, 29 tahun, bersama teman lelakinya pada masa itu Wong Shi Xiang, 38 tahun, selama berbulan-bulan sebelum Wong menumbuk kanak-kanak itu sehingga dia mati.
Foo dijatuhi hukuman penjara 19 tahun, manakala Wong dikenakan hukuman penjara 30 tahun dan 17 sebatan rotan.
Awal tahun ini Megan dikeluarkan dari prasekolah kira-kira lima bulan sebelum kematiannya. Semasa di prasekolah, seorang kakitangan melihat lebam-lebam di bahagian-bahagian tubuhnya.
Kematiannya tidak terbongkar sehingga lima bulan kemudian, apabila bapa kandungnya menimbulkan kecurigaan.
Persoalan dibangkitkan mengenai penjagaan Megan sebelum dan selepas dia dikeluarkan dari prasekolah.
APA YANG BERLAKU
Megan didaftarkan di Pusat Pembangunan Kanak-Kanak Healthy Start, sebuah prasekolah yang dikendalikan oleh Beyond Social Services (BSS), pada tahun 2017. Sekolah itu melaporkan bahawa dia umumnya seorang kanak-kanak yang patuh, menurut dokumen mahkamah.
Foo dan Wong memulakan hubungan romantis pada tahun 2018 dan tinggal bersama pada tahun berikutnya. Megan tinggal bersama mereka sekali-sekala.
Antara hujung Februari dengan awal Mac 2019, semasa Megan tinggal di flat itu, pasangan tersebut merotannya apabila dia membuang air kecil di atas katil dan sofa. Ini menyebabkan lebam di pelbagai bahagian tubuhnya.
Kanak-kanak itu berhenti menghadiri prasekolah pada awal Februari 2019, tetapi kembali pada 19 Mac tahun yang sama.
Apabila Foo membawa anaknya ke prasekolah, seorang kakitangan melihat lebam-lebam di muka, lengan dan kaki kanak-kanak itu dan bertanya kepada Foo mengenainya. Foo berbohong bahawa sebahagian daripada kecederaan itu adalah disebabkan Megan terjatuh dari basikal, walaupun sebenarnya ia berpunca daripada Wong.
Dia mengaku bahawa dia menyebabkan kecederaan lain yang ditemui pada tubuh Megan, tetapi mendakwa ini timbul sebagai sebahagian daripada tindakan mendisiplinkan kanak-kanak itu. Kakitangan tersebut memberitahu Foo bahawa cara mendisiplinkan anak seperti itu adalah berlebihan untuk kanak-kanak seusia Megan.
Tiga hari kemudian, seorang kakitangan lain mengulangi kepada pasangan itu bahawa tidak seharusnya ada sebarang bentuk hukuman fizikal ke atas kanak-kanak itu, dan memberi amaran bahawa sebarang pelanggaran akan menyebabkan kes dirujuk ke MSF.
Pada 17 September 2019, Foo mengeluarkan Megan dari prasekolah, dengan alasan sekolah itu tidak mengajar Megan bahasa Mandarin.
Megan berpindah sepenuh masa dengan Foo dan Wong, dan penderaan bertambah teruk. Dia meninggal dunia pada Februari 2020, dengan pasangan itu membakar mayatnya pada Mei tahun yang sama. Kematiannya tidak diketahui sehingga Julai 2020.
LAPORAN
Sebagai respons kepada pertanyaan Mediacorp, MSF memperincikan tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa selepas kecederaan dikesan pada Mac 2019, dan sebelum kematian Megan.
Selepas prasekolah melihat kecederaan tersebut, ia mengemukakan laporan kejadian - yang disediakan oleh pekerja masyarakat BSS - kepada Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) pada awal April 2019.
"Laporan itu menyimpulkan bahawa Megan kelihatan gembira, tidak mempunyai kecederaan lanjut, dan menghadiri prasekolah setiap hari sejak 19 Mac 2019," menurut MSF.
Laporan itu menekankan bahawa BSS sudah mewujudkan pelan penjagaan sementara untuk Megan, dan Foo bersetuju untuk membiarkan kanak-kanak itu tinggal bersama nenek Megan.
BSS memberitahu Mediacorp bahawa pelan penjagaan ini dilaksanakan selepas agensi perkhidmatan sosial menilai neneknya sebagai penjaga yang dipercayai dan stabil.
"Di bawah pelan ini, dipersetujui bahawa Megan akan kekal dijaga neneknya, dengan pemeriksaan berkala dan sokongan untuk keluarga, termasuk panduan mengenai pendekatan yang sesuai untuk mendisiplinkan kanak-kanak," menurut BSS.
"Tujuan kami adalah untuk memastikan keselamatan segera Megan sambil bekerjasama dengan keluarganya ke arah aturan jagaan jangka panjang yang lebih melindungi (Megan)."
Apabila ECDA mendapatkan maklumat susulan daripada prasekolah beberapa hari selepas menerima laporan, prasekolah menyatakan bahawa Megan sihat dan masih menghadiri prasekolah setiap hari.
"Berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh (prasekolah), tidak ada sebab untuk ECDA mengesyaki berlaku penderaan kanak-kanak," menurut MSF.
Selepas Megan dikeluarkan dari prasekolah, pekerja masyarakat BSS berunding dengan Pusat Pakar Perlindungan Kanak-Kanak (CPSC) kerana kebimbangan mengenai kes tersebut, termasuk keberadaan Megan.
CPSC menasihatkan pekerja masyarakat BSS untuk terus bekerja dengan nenek Megan untuk berhubung secara bersemuka dengan gadis itu untuk memeriksa kesejahteraannya.
Bulan berikutnya, pekerja masyarakat itu juga menulis kepada ECDA mengenai tindakan mengeluarkan Megan dari prasekolah. Mereka juga menyebut bahawa mereka sudah menghubungi CPSC mengenai kes tersebut.
Pekerja masyarakat itu bertanya kepada ECDA sama ada kanak-kanak itu didaftarkan di mana-mana prasekolah lain, tetapi ECDA tidak menjumpai rekod pendaftarannya.
Agensi itu menasihatkan pekerja masyarakat tersebut bahawa laporan polis harus dibuat jika terdapat kebimbangan mengenai keberadaan Megan.
Menurut MSF dalam kenyataannya, laporan yang disediakan oleh pekerja masyarakat BSS "tidak menggambarkan sepenuhnya tahap teruk kecederaan".
"Ini menyebabkan campur tangan yang tidak mencukupi oleh agensi-agensi berkaitan," tambah kementerian itu.
Ia menyatakan bahawa BSS bukan sebahagian daripada rangkaian nasional Pusat Khidmat Keluarga yang dibiayai oleh MSF.
BSS memberitahu Mediacorp bahawa kakitangannya sudah berusaha untuk melindungi kesejahteraan Megan dengan mematuhi prosedur operasi standard pada masa itu.
"Walaupun protokol ini telah berkesan menyokong banyak keluarga berpendapatan rendah, kes Megan mendorong organisasi untuk memikirkan dengan mendalam tentang bagaimana amalan perlindungan kami boleh diperkukuhkan lagi," menurut agensi perkhidmatan sosial itu.
PENGAJARAN DARI KES MEGAN
MSF menyatakan ia sudah mengkaji semula dan memperketatkan proses operasi antara ECDA dan Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak (CPS) untuk memastikan "respons yang lebih berkesan dan berselaras".
Sebagai contoh, apabila seorang pemberi maklumat mendakwa bahawa kes sudah dibangkitkan kepada CPS atau CPSC, ECDA akan mengesahkan maklumat dengan CPS untuk memastikan kes itu menerima tindakan susulan yang sesuai oleh agensi-agensi berkaitan.
Jika seorang kanak-kanak yang dikhuatiri didera kerap tidak hadir atau dikeluarkan dari prasekolah tanpa sebab yang sah, prasekolah dikehendaki memaklumkan kepada pekerja sosial atau Pegawai Perlindungan Kanak-Kanak MSF yang bekerja dengan kanak-kanak tersebut.
Prasekolah mesti melaporkan perkara itu kepada ECDA jika kanak-kanak itu tidak diketahui oleh mana-mana agensi perkhidmatan sosial atau CPS, dan ECDA akan menilai sama ada laporan kepada CPS diperlukan.
Di bawah peraturan ECDA, semua pendidik dan kakitangan prasekolah perlu melaporkan penderaan kanak-kanak yang disyaki kepada agensi tersebut.
"Tanda-tanda penderaan atau pengabaian kanak-kanak dan kewajipan undang-undang untuk melaporkan kepada ECDA diliputi dalam kurikulum latihan untuk semua pendidik," kata MSF.
Pada tahun 2021, kod amalan dikemas kini untuk memasukkan garis panduan operasi dan aliran kerja untuk membimbing prasekolah mengenai tindakan jika seorang kanak-kanak disyaki didera.
Apabila prasekolah melihat tanda-tanda penderaan atau pengabaian, mereka perlu menggunakan alat penilaian standard - Panduan Saringan Khusus Sektor - untuk menilai situasi dan melaporkan sebarang kebimbangan kepada ECDA dalam masa 24 jam.
"Jika terdapat kebimbangan mengenai penderaan seksual, kecederaan yang ketara, atau tanda-tanda ancaman segera terhadap keselamatan kanak-kanak, prasekolah dikehendaki berunding dengan NAVH (Talian Bantuan Nasional Anti-Keganasan dan Gangguan Seksual) dalam masa dua jam," menurut MSF.
Prasekolah kini dikehendaki menggunakan gambar rajah untuk merakam kecederaan yang kelihatan pada kanak-kanak, dan bukan hanya gambaran bertulis.
Untuk kes-kes yang dilaporkan kepada ECDA, pegawai-pegawai agensi akan menilai kes tersebut dan menasihati prasekolah mengenai langkah-langkah susulan.
BSS menyatakan kematian Megan "terus membebani pertubuhan kami", sambil menambah bahawa pihaknya sudah mengkaji semula dan menyusun semula dasar dalaman.
Ini termasuk menyelaraskan prosedur operasi standard perlindungan prasekolah dengan ECDA mengenai ketidakhadiran kanak-kanak dan kes penderaan, serta latihan wajib untuk semua guru prasekolah dalam Panduan Saringan Khusus Sektor dan Panduan Pelaporan Penderaan Kanak-Kanak.
Kini terdapat peraturan ketidakhadiran dua hari, yang memerlukan "pengesahan kehadiran kanak-kanak", diikuti dengan makluman segera jika kebimbangan berterusan.
Agensi perkhidmatan sosial itu juga sudah mengukuhkan protokol selepas seorang kanak-kanak dikeluarkan, serta memberikan amaran masa nyata kepada CPS apabila hubungan hilang.
Ia juga telah merasmikan prosedur dokumentasi kejadian, termasuk petunjuk pada gambar rajah badan mengenai tahap keterukan kecederaan.

TIADA KENAIKAN JUMLAH KES: MSF
Dalam dua tahun terakhir, terdapat beberapa kes penderaan kanak-kanak yang menyebabkan kematian yang berprofil tinggi yang telah didengar di mahkamah.
MSF menyatakan kes-kes terkini di mahkamah tidak mewakili peningkatan dalam jumlah kes, kerana ia berlaku pada tahun-tahun yang berbeza.
"Kemudaratan yang tidak masuk akal yang dikenakan kepada kanak-kanak ini tidak kurang daripada satu tragedi. Tiada kanak-kanak yang seharusnya mengalami kemudaratan di tangan mereka yang sepatutnya paling menyayangi mereka," menurut MSF.
"Dengan setiap kes, kami belajar apa yang terlepas pandang, dan mengukuhkan sistem, proses, amalan, dan dasar kami supaya kami dapat mencegah lebih banyak kematian," tambahnya.
Ia berkata "kajian semula berterusan selama bertahun-tahun" bukan sahaja sebagai reaksi terhadap kejadian tragis, tetapi dorongan ke arah pengesanan kemudaratan yang lebih baik.
Kementerian itu menyatakan usaha-usaha ini telah menyelamatkan nyawa lain, tetapi kematian kanak-kanak adalah peringatan jelas bahawa "masih ada banyak kerja yang perlu dilakukan".
Mengambil pengajaran dari kes-kes penderaan kanak-kanak sepanjang dekad yang lalu, kementerian itu berkata adalah sukar untuk mengenal pasti penderaan kanak-kanak yang disyaki apabila kanak-kanak tidak diketahui oleh perkhidmatan sosial.
Sepanjang 10 tahun yang lalu, terdapat sekurang-kurangnya lapan kes yang tidak diketahui oleh perkhidmatan sosial apabila kanak-kanak itu dibunuh.
Satu lagi isu adalah apabila pekerja sosial tidak dapat melihat kanak-kanak, sering disebabkan oleh ibu bapa yang menafikan akses kepada kanak-kanak atau memberikan maklumat palsu.
Walau bagaimanapun, terdapat juga "isu berkaitan amalan", seperti campur tangan yang tidak mencukupi atau penilaian yang tidak tepat oleh profesional perkhidmatan sosial.
MSF juga menggesa ibu bapa yang berdepan kesukaran dengan keibubapaan atau menguruskan tingkah laku anak mereka untuk mendapatkan bantuan awal.
Ia meminta orang ramai untuk menghubungi NAVH atau membuat laporan online dalam kes-kes penderaan kanak-kanak yang disyaki. Jika terdapat bahaya kepada kanak-kanak, mereka harus menghubungi polis.
"Walaupun mungkin tidak dapat mengesan dan menghentikan setiap kes, terutamanya apabila kes-kes tidak diketahui oleh perkhidmatan sosial dan pelaku sengaja menyembunyikan kemudaratan yang mereka kenakan kepada anak-anak mereka, komitmen kami untuk melindungi anak-anak kita mesti kekal tidak berbelah bahagi," kata kementerian itu.
BSS menyatakan kakitangan yang terlibat dalam penjagaan Megan telah "membawa beban emosi tragedi selama lima tahun", dan memohon diberikan privasi.

Sumber : CNA/NK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.