Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes dera amah Myanmar: Ibu kepada pesalah mengaku bersalah aniaya amah

Ibu kepada wanita yang mendera pembantu rumahnya sehingga mangsa maut akibat kecederaan otak, mengaku bersalah hari ini (21 Nov) terhadap beberapa tuduhan berhubung peranannya dalam penganiayaan itu.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Ibu kepada wanita yang mendera pembantu rumahnya sehingga mangsa maut akibat kecederaan otak, mengaku bersalah hari ini (21 Nov) terhadap beberapa tuduhan berhubung peranannya dalam penganiayaan itu.

Warga Myanmar, Piang Ngaih Don yang berusia 24 tahun meninggal dunia pada 26 Julai 2016 akibat kecederaan otak disebabkan trauma teruk selepas dianiaya berulang kali sepanjang 14 bulan.

Mangsa ditumbuk, dipijak dan dibiarkan kebuluran  sehingga berat badannya merosot kepada hanya 24 kilogram. 

Selang beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia, mangsa diikat pada jeriji tingkap pada sebelah malam dan dipukul jika cuba membongkar tong sampah bagi mendapatkan makanan.

Pada Isnin, Prema S Naraynasamy, 64 tahun mengaku bersalah atas 48 tuduhan, kebanyakannya kerana sengaja menyebabkan kecederaan pada pembantu rumah tersebut.

Antara perbuatannya  termasuk: Menyimbah atau menyembur air terhadap amah berusia 24 tahun itu, menendang, menumbuk dan menampar mangsa, mencekik, menarik rambut Cik Piang dan "memusingkan" kepalanya secara kasar.

Dia juga memukul mangsa menggunakan perkakas seperti senduk, tuala dan botol bahan pencuci dan melihat mangsa ketika menggunakan tandas.

Prema ada flatnya sendiri tetapi dia tinggal bersama anak perempuannya selama tiga kali seminggu. Apabila dia bermalam di flat itu, dia akan tidur di dalam bilik yang sama bersama mangsa. Dia sedar mangsa diikat pada jeriji tingkap dan didera secara fizikal.

Apabila mendapat tahu tentang perbuatan anak perempuannya mendera mangsa, Prema juga sekaki mula mendera mangsa secara fizikal - kadangkala bersama anak perempuannya.

Rakaman kamera litar tertutup yang dipasang di dalam rumah untuk memantau anak-anaknya serta mangsa  mendedahkan penderaan yang dilakukan selama 35 hari terakhir  hayat mangsa.

Prema, yang diwakili oleh peguam Rai Satish, tidak menonton rakaman penderaan itu apabila ia dimainkan di mahkamah.

Prema, yang kesnya dipindahkan dari Mahkamah Tinggi, pada awalnya cuba menangguh pengakuan bersalah sehingga perbicaraannya didengar. Dia menuntut perbicaraan atas tuduhan yang ke-49.

Namun, hakim enggan berbuat demikian setelah pihak pendakwa membangkang, sambil merujuk kepada "sejarah kes itu" dan potensi Prema layak meneruskan dengan pengakuannya.

Anak perempuannya, Gaiyathiri dihukum penjara 30 tahun pada 2021.

Rayuannya supaya hukuman tersebut dikurangkan separuh ditolak oleh Mahkamah Rayuan.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan