Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes dera amah: Mahkamah Tinggi ketengah rangka kerja baru hukuman

Satu keputusan penting dibuat hari ini (2 Mac), apabila Mahkamah Tinggi menetapkan rangka kerja baru hukuman bagi kes penderaan pembantu rumah.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes dera amah: Mahkamah Tinggi ketengah rangka kerja baru hukuman

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 03 Mar 2018 12:25AM Dikemas Kini : 03 Mar 2018 12:28AM

SINGAPURA: Satu keputusan penting dibuat hari ini (2 Mac), apabila Mahkamah Tinggi menetapkan rangka kerja baru hukuman bagi kes penderaan pembantu rumah.

Mahkamah mengumumkan demikian, sambil menekankan kesengsaraan mental yang dialami oleh pembantu rumah. Mereka khususnya dalam keadaan lemah dalam situasi sedemikian.

Undang-undang baru itu mengiktiraf "bahaya psikologi dan mental yang dialami pembantu rumah daripada terperangkap dalam ketakutan, penderaan dan penindasan", menurut Hakim See kee Oon.

Beliau membentangkan kertas hukuman setebal 47 muka surat dalam satu panel tiga hakim Mahkamah Tinggi, termasuk Hakim Besar Sundaresh Menon dan Hakim Rayuan Tay Yong Kwang.

Mahkamah Tinggi menekankan bahawa kes penderaan pembantu rumah tidak boleh dibicarakan "seperti kes lain dalam Seksyen 323 (sengaja menyebabkan kecederaan)" dan hukuman ke atas pelakunya bergantung kepada tahap kecederaan mangsa.

Penderaan pembantu rumah "berlaku dalam bentuk ketidaksamaan dan penindasan" sekaligus membezakannya daripada kes-kes serangan lain.

Dalam kes-kes penderaan pembantu rumah, "penderaan mental dan memalukan atau memberi layanan yang menjatuhkan maruah" mesti dipertimbangkan, menurut Mahkamah Tinggi.

"Penderaan psikologi yang disertai penderaan fizikal, adalah ciri-ciri utama dalam kes penderaan pembantu rumah dan menjadikannya perbuatan yang dibenci", tambah Hakim See.

MAHKAMAH SOKONG SABITAN KE ATAS PASANGAN YANG DERA AMAH INDONESIA

Rangka kerja baru itu menyusul setelah beberapa kes penderaan pembantu rumah yang berbentuk "keganasan, kekejaman dan memalukan serta menjatuhkan maruah malah perbuatan yang tidak berperikemanusiaan", menurut Mahkamah Tinggi.

Hari ini, Mahkamah Tinggi mengekalkan sabitan hukum yang dijatuhkan ke atas pasangan Tay Wee Kiat dan Chia Yun Ling, yang disabitkan dengan kesalahan mendera pembantu rumah Indonesia mereka selama hampir dua tahun semasa beliau bekerja di sini antara Disember 2010 dengan Disember 2012.

Tay, 39 tahun disabit kesalahan atas 10 pertuduhan menyerang Fitriyah, 33 tahun.

Pengurus IT itu juga didapati bersalah bagi satu pertuduhan menyogok Fitriyah sebagai usaha untuk menghalangnya daripada membuat aduan dan satu pertuduhan menyuruh pembantu rumahnya berbohong kepada polis.

Chia, 41 tahun, didapati bersalah ke atas dua pertuduhan menyerang Fitriyah dan dijatuhi hukuman penjara dua bulan. Hari ini, hukuman asal Tay selama 28 bulan dilanjutkan kepada 43 bulan.

Mahkamah Tinggi menambah hukuman Tay kerana hukuman asal itu "tidak mencukupi bila dilihat kesan psikologi" yang terpaksa dilalui Fitriyah.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan