Skip to main content

Singapura

Kes denggi pada minggu pertama 2019 tertinggi dalam lebih 2 tahun

Bilangan kes denggi meningkat tiga minggu berturut-turut, dengan 207 kes dilaporkan pada minggu yang berakhir pada 5 Januari. Ini merupakan jumlah kes tertinggi dalam seminggu sejak September 2016, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Rabu (9 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 09 Jan 2019 09:11PM Dikemas Kini : 09 Jan 2019 09:14PM

SINGAPURA: Bilangan kes denggi meningkat tiga minggu berturut-turut, dengan 207 kes dilaporkan pada minggu yang berakhir pada 5 Januari.

Ini merupakan jumlah kes tertinggi dalam seminggu sejak September 2016, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Rabu (9 Jan).

NEA menambah salah satu sebab adalah peningkatan jumlah nyamuk Aedes Aegypti yang dikesan.

"Sistem pemantauan NEA, Gravitrap mengesan 40 peratus lebih banyak nyamuk jenis Aedes aegypti pada Disember 2018 berbanding Disember 2017," menurut agensi itu.

"Jika dibiarkan, jumlah tinggi nyamuk Aedes aegypti boleh menyebabkan lonjakan pada jumlah kes denggi pada 2019."

Kelompok terbesar denggi adalah di Bedok Reservoir Road di mana 24 kes dilaporkan sepanjang dua minggu yang lalu.

Menurut NEA, sebanyak 3,285 kes dilaporkan tahun lalu, 20 peratus lebih tinggi berbanding 2017.

NEA turut menyatakan bahawa pada 2018, pihaknya menjalankan sekitar sejuta pemeriksaan, termasuk 9,000 di tapak-tapak binaan dan menemui sekitar 18,000 tempat pembiakan nyamuk.

Sebanyak 4,100 keluarga didenda kerana pembiakan nyamuk setakat November 2018. 40 arahan berhenti kerja dikeluarkan kepada tapak-tapak binaan.

Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus Zika dan Chikungunya.

Pada Rabu NEA gesa orang awam untuk memainkan peranan dalam mencegah dan membasmi semua tempat pembiakan nyamuk.

Para pemilik rumah yang mengemas sebelum Tahun Baru Cina juga diingatkan supaya membuang sampah dengan betul, termasuk perabot dan peralatan rumah yang besar, agar mengelakkan barang buangan menjadi tempat pembiakan nyamuk, menurut NEA.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita