Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes denggi melepasi 6,000 dalam kurang 4 bulan; NEA desak ambil 'tindakan segera'

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Apr 2022 10:32PM Dikemas Kini : 28 Apr 2022 11:23PM

SINGAPURA:Jumlah kes denggi di Singapura terus meningkat.

Dalam masa empat bulan ini sahaja lebih 6,000 kes sudah dicatatkan.

Demikian menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Khamis (28 Apr).

Dalan satu kenyataan media, NEA menyatakan jumlah itu sudah melepasi 5,258 kes yang dilaporkan sepanjang tahun lalu.

Menurutnya lagi jumlah kes mingguan juga terus melambung tinggi.

Sebanyak 941 kes dilaporkan bagi minggu berakhir 23 Apr, satu kenaikan 28 peratus atau 208 kes berbanding 733 kes seminggu sebelumnya.

NEA menyatakan keadaan itu membimbangkan kerana Singapura belum lagi memasuki musim kemuncak denggi yang lazimnya berlaku antara Jun hingga Oktober.

Setakat Selasa lepas, 193 kelompok denggi aktif dilaporkan dan kebanyakan pembiakan nyamuk dikesan di dalam rumah.

Ia menggesa penduduk agar segera bertindak bagi mencegah pembiakan nyamuk.

"Jumlah pembiakan nyamuk Aedes yang dikesan juga meningkat dan hampir seganda di semua jenis tempat, daripada sekitar 1,300 kepada 2,400 dari Februari hingga Mac 2022," tambahnya.

"Ini menyebabkan peningkatan vektor nyamuk Aedes dewasa yang terdapat di kawasan kejiranan kita, yang boleh menyebarkan denggi."

Bersama agensi lain serta masyarakat umum, NEA berjaya menutup 394 daripada 587 kelompok denggi yang dilaporkan sejak awal tahun ini, atau kira-kira 67 peratus.

Bagaimanapun, tambahnya pemeriksaan baru-baru ini terus menemui "kes teruk" tempat yang mempunyai pelbagai habitat pembiakan nyamuk, serta habitat dengan "pembiakan nyamuk yang banyak".

NEA memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap pesalah berulang.

Pesalah boleh didenda sehingga S$5,000 atau dipenjarakan sehingga tiga bulan, atau kedua-duanya untuk sabitan mahkamah pertama.

Sumber : CNA/AI/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan