Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes denggi jangkaui 8,000 dalam 5 bulan pertama tahun ini

Singapura kini menghadapi keadaan penularan denggi yang serius dan jumlah kes dijangka terus naik mendadak.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 May 2022 07:34PM Dikemas Kini : 14 May 2022 11:31PM

SINGAPURA: Singapura kini menghadapi keadaan penularan denggi yang serius dan jumlah kes dijangka terus naik mendadak.

Menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), 1,055 kes denggi dicatatkan minggu ini dan lebih 8,000 kes sudahpun dilaporkan dalam lima bulan pertama tahun ini.

Jumlah tersebut jauh lebih tinggi berbanding 5,258 kes denggi yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Menurut Menteri Negara bagi Kemampanan dan Sekitaran Desmond Tan, trend tersebut membimbangkan kerana ini belum lagi musim kemuncak penularan denggi, iaitu antara Jun hingga Oktober.

Kelompok aktif denggi meningkat lebih 40 peratus dari 196 kelompok pada penghujung April kepada 280 kelompok setakat Jumaat (13 Mei).

Maka itu, NEA dengan kerjasama para pemimpin akar umbi meningkatkan pemeriksaan selain berusaha meningkatkan kesedaran dalam kalangan para penduduk.

Dengan kerjasama sedemikian, jumlah kelompok aktif denggi berjaya dikurangkan sekitar 70 peratus sejak permulaan tahun ini.

Sumber : CNA/IA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan