Skip to main content

Singapura

Kes curi minyak Pulau Bukom: 12 juruukur didakwa terima wang sogokan S$300,000

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 14 Apr 2022 02:17PM Dikemas Kini : 14 Apr 2022 11:17PM

SINGAPURA: Seramai 12 juruukur didakwa pada Khamis (14 Apr) kerana terlibat dalam pencurian minyak bernilai S$128 juta dari loji penapisan minyak milik Shell, di Pulau Bukom.

Skim tersebut berlaku selama sekurang-kurangnya 10 tahun dan melibatkan sekumpulan kakitangan Shell. Mereka mengaturkan muatan haram minyak marin untuk kapal pada kadar di bawah pasaran.

12 lelaki tersebut merupakan kakitangan syarikat pengukur yang ditugaskan oleh syarikat Shell untuk memeriksa jumlah minyak marin yang diangkut ke atas kapal, menurut Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).

Mereka dituduh menerima rasuah berjumlah kira-kira S$300,000 sebagai uoah untuk tidak melaporkan dengan tepat jumlah minyak marin yang diangkut pada kapal yang diperiksa.

Kesemua juruukur didakwa menerima rasuah daripada bekas pekerja Shell, Juandi Pungot, Muzaffar Ali Khan Muhamad Akram dan Richard Goh Chee Keong.

Berikut adalah Juruukur dan jumlah rasuah yang diterima:

1) Muhammad Ali Muhammad Nor, 55 tahun, hadapi dua tuduhan menerima AS$90,000 (S$121,804) dan membelanjakan kira-kira S$39,000 untuk membeli kereta BMW.

2) A Duraisamy, 60 tahun, hadapi tiga tuduhan menerima AS$31,000 (S$41,954)

3) Noruliman Bakti, 40 tahun, berdepan dua tuduhan menerima AS$25,000 (S$33,834)

4) Anand Omprekas, 39 tahun, hadapi dua tuduhan menerima S$20,000

5) Jasbir Singh Paramjit Singh, 37 tahun, hadapi satu tuduhan menerima AS$15,000 (S$20,300)

6) Kumunan Rethana Kumaran, 40 tahun, berdepan satu tuduhan menerima AS$12,000 (S$16,240)

7) Erwin Suhardi Jamaluddin, 38 tahun, hadapi dua tuduhan menerima AS$10,000 (S$13,533)

8) Rizal Zulkeflee, 38 tahun, hadapi satu tuduhan menerima AS$10,000 (S$13,533)

9) Naushad Carrim Tengur, 45 tahun, hadapi satu tuduhan menerima AS$6,000 (S$8,120)

10) Muhammad Khairul Asri Mohamad Hanafiah, 38 tahun, hadapi satu tuduhan menerima AS$6,000(S$8,120)

11) Lee Been Lian, 57 tahun, hadapi satu tuduhan menerima AS$5,000 (S$6,766)

12) Paramanandham Srinivasan, 39 tahun, hadapi satu tuduhan menerima AS$3,000 (S$4060)

Juruukur berkenaan daripada syarikat Intertek Testing Services, Inspectorate Singapore, CCIC Singapore dan SGS Testing & Control Services Singapore.

Berdasarkan catatan mahkamah,empat daripada mereka sudah mengaku bersalah.

Mereka adalah, Anand Omprekas, Noruliman Bakti, Erwin Suhardi Jamaluddin dan Muhammad Khairul Asri Mohamad Hanafiah.

Sesiapa yang didapati bersalah atas kesalahan berkaitan rasuah boleh dipenjara sehingga lima tahun, denda sehingga S$100,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita