Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes curi di kedai, intai naik pada 2024

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 17 Feb 2025 06:27PM Dikemas Kini : 18 Feb 2025 12:43AM
SINGAPURA: Jumlah kes jenayah fizikal di Singapura hampir tidak berubah pada 2024, berbanding tahun sebelumnya.

Sebanyak 19,969 kes dilaporkan tahun lalu, iaitu peningkatan tiga kes sahaja berbanding tahun 2023.

Jumlah kes kecurian kedai dan kes intai juga meningkat.

Kes intai adalah antara jenayah yang semakin meningkat, dengan hampir 520 kes dilaporkan tahun lalu - iaitu peningkatan sembilan peratus.

Lebih 30 peratus daripada kejadian-kejadian ini berlaku di rumah mangsa sendiri.

Pihak berkuasa juga menyuarakan kebimbangan berhubung peningkatan jenayah mencabul kehormatan.

Lebih 1,400 kes dilaporkan tahun lalu, iaitu lebih seganda daripada jumlah kes mengintai.

Pihak berkuasa kini meningkatkan kesedaran pencegahan jenayah di dalam bas dan MRT.

Menjelang pertengahan tahun-tahun 2030 pula, lebih 200,000 kamera polis atau "PolCam" akan dipasang untuk meningkatkan keselamatan.

Pihak polis juga melatih kakitangan hiburan awam untuk mengesan jenayah dan mengurangkan salah laku.

Dalam pada itu, kes-kes mencuri dari kedai semakin meningkat - meliputi lebih seperlima daripada kesemua jenayah fizikal.

Kebanyakan pesalah adalah belia.

Untuk menanganinya, lebih 1,000 pekedai kini menyertai program kesedaran kecurian demi mencegah pencurian.

Polis mendesak syarikat-syarikat supaya bekerjasama dan mengukuhkan usaha pencegahan jenayah, serta meminta masyarakat agar menjadi mata dan telinga antijenayah dengan mendaftarkan diri sebagai pemerhati melalui aplikasi Police@SG.
 
Sumber : CNA/QA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan