Kes COVID-19 SG naik hampir seganda; hospital awam kurangkan pembedahan elektif tidak penting
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jumlah kes COVID-19 yang dicatatkan di Singapura naik hampir seganda dalam tempoh seminggu mendorong Kementerian Kesihatan (MOH) perlu mengambil beberapa langkah demi memastikan sumber mencukupi di hospital-hospital awam.
Bilangan jangkitan COVID-19 yang dianggarkan pada antara 5 hingga 11 Mei melonjak kepada 25,900 - satu kenaikan 90 peratus berbanding 13,700 kes pada minggu sebelumnya.
Purata kes harian COVID-19 yang dimasukkan ke hospital pula meningkat kepada kira-kira 250 daripada 181 pada minggu sebelumnya, menurut MOH pada Sabtu (18 Mei).
MOH menambah purata kes harian dalam jagaan rapi kekal rendah - tiga kes jika dibandingkan dengan dua kes pada minggu sebelumnya.
"MOH sedang memantau teliti perkembangan berikutan gelombang ini," tambah MOH.
"Demi menjaga kapasiti katil hospital dan sebagai langkah berjaga-jaga, hospital-hospital awam digesa mengurangkan kes-kes yang memerlukan pembedahan elektif tidak penting, selain memindahkan para pesakit sesuai kepada kemudahan-kemudahan jagaan seperti Kemudahan Jagaan Peralihan atau di rumah menerusi Jagaan Bergerak buat Pesakit di Rumah."
MOH turut menggesa orang ramai agar tidak mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan hospital sekiranya mereka mengalami gejala ringan atau tidak mempunyai masalah perubatan.
Jenis virus KP.1 dan KP.2 COVID-19 buat masa ini membentuk lebih dua pertiga kes di Singapura.
Dua jenis itu merupakan sebahagian daripada kelompok varian COVID-19 yang dinamakan para ahli sains sebagai "FLiRT", sempena nama-nama teknikal mutasi virus berkenaan.
Mereka semuanya sebahagian daripada varian JN.1 yang merebak pantas di seluruh dunia beberapa bulan lalu.
Pada awal bulan ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan KP.2 sebagai Varian yang Sedang Dipantau.
Ia juga jenis dominan di Amerika Syarikat dan telah dikesan di negara-negara seperti China, Thailand, India, Australia dan Britain.
"Buat masa ini, tiada isyarat, pada peringkat global atau tempatan, bahawa KP.1 dan KP.2 lebih mudah dijangkiti atau menyebabkan penyakit lebih teruk berbanding varian lain yang masih menular," menurut MOH pada Sabtu (18 Mei).
PERINGATAN MENERUSI SMS, WAKTU OPERASI PUSAT VAKSINASI DILANJUTKAN
Menggesa orang ramai agar menjalani vaksinasi, MOH menyatakan pihaknya bakal mengirimkan pesanan ringkas (SMS) kepada mereka yang belum mendapatkan sebarang suntikan COVID-19 sepanjang 12 bulan lalu, untuk mengingatkan mereka agar mengaturkan janji temu.
Sejauh ini, sekitar 80 peratus penduduk tempatan sudah menjalani vaksinasi atau mendapatkan dos tambahan, tetapi tidak mendapatkan suntikan dalam tempoh setahun lalu.
"Ini menunjukkan bahawa kekebalan dalam masyarakat kemungkinan sudah berkurangan," menurut MOH.
Walaupun kita hidup dengan COVID-19 sebagai wabak endemik, kita tidak boleh bersikap sambil lewa."
Vaksin COVID-19 yang dikemas kini adalah percuma buat semua penduduk yang layak.
Dari 21 Jun hingga 29 Jun, lima Pusat Ujian dan Vaksinasi Bersama (JTVC) akan melanjutkan waktu operasi mereka pada Sabtu dan hari sebelum hari cuti umum - dari 9.00 pagi hingga 7.00 malam, berbanding ditutup pada jam 1.00 tengah hari seperti lazimnya.
Mereka yang mendaftarkan diri dalam inisiatif SG Lebih Sihat juga boleh mendapatkan vaksin COVID-19 daripada 250 klinik di bawah usaha tersebut.
Lebih banyak klinik akan ditambah ke dalam senarai itu secara bertahap-tahap.
Demi mendekati para penduduk, terutama sekali warga emas, pasukan vaksinasi juga akan dikerahkan ke beberapa kawasan kejiranan sepanjang beberapa minggu akan datang.

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.