Kes COVID-19 merosot tetapi kekal tinggi; MOH seru orang ramai dapatkan suntikan penggalak
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sekurang-kurangnya 30 pasukan vaksinasi bergerak dikerahkan ke kawasan kejiranan bulan ini, sedang Kementerian Kesihatan (MOH) memperluaskan jangkauannya di tengah gelombang terbaharu COVID-19.
Jumlah kes sudah merosot buat tiga minggu berturut-turut sejak ia memuncak pada Mei lalu. Kira-kira 12,600 jangkitan dicatatkan bagi tempoh dari 9 hingga 16 Jun, turun daripada 16,800 yang dicatat pada minggu sebelumnya.
Jumlah pesakit yang dimasukkan ke hospital juga merosot kepada 195, daripada 236, pada minggu sebelumnya.
Namun, kes harian yang memerlukan rawatan di unit jagaan rapi (ICU) bertambah satu hingga empat kes secara purata.
MOH menyeru orang ramai supaya mengemas kini dos penggalak mereka agar dapat mengelak daripada terkena penyakit teruk. Malah, pihaknya sudahpun melanjutkan waktu operasi dan meningkatkan jumlah lokasi vaksinasi yang tersedia.
VAKSINASI BERGERAK
Pasukan vaksinasi bergerak ditempatkan selama beberapa hari di setiap tempat sebelum ia berpindah ke lokasi yang lain. Ia beroperasi dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang, dengan waktu rehat antara 11.30 pagi dengan 1.00 tengah hari.
Sesiapa saja boleh mendapatkan vaksinasi tanpa perlu membuat temu janji, dengan slot diberikan berdasarkan yang dahulu didahulukan, tertakluk kepada ruang dan vaksin yang ada. Keutamaan akan diberikan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas.
Apabila Mediacorp mengunjungi sebuah stesen vaksinasi bergerak di Bedok pada hujung minggu lalu, pesakit dilihat boleh mendapatkan vaksindalam masa kurang 10 minit.
Rangkaian klinik Minmed Group, yang yang mengendalikan dua pasukan bergerak, menyatakan setiap lokasi dapat menampung sekitar 75 pesakit sehari. Jika permintaan meningkat, ia akan memasang lebih banyak gerai dan mengerahkan tenaga kerja tambahan.
Stesen-stesen itu menawarkan versi terkini vaksin Pfizer dan Moderna. Terdapat juga doktor di setiap tapak untuk menjawab sebarang pertanyaan.
MOH menyatakan pasukan itu akan terus dikerahkan ke lebih banyak tempat dalam beberapa minggu akan datang bagi memenuhi permintaan.
WAKTU OPERASI DILANJUTKAN
Lima Pusat Ujian dan Vaksinasi Bersama (JTVC) di serata Singapura juga telah melanjutkan waktu operasi mereka sehingga hujung bulan ini.
Pusat yang terletak di Bukit Merah, Jurong East, Kaki Bukit, Sengkang dan Woodlands itu kini beroperasi dari 9.00 pagi hingga 7.00 malam, bukannya seperti waktu biasa di mana ia tutup pada 1.00 tengah hari.
Menurut MOH, lebih ramai orang telah tampil mendapatkan suntikan vaksinasi semasa gelombang jangkitan sekarang.
Kira-kira 49,000 orang sudahpun menerima suntikan vaksin antara 20 Mei hingga 16 Jun, iaitu lima kali lebih ramai daripada minggu sebelumnya.
KAPASITI HOSPITAL
Jumlah kes COVID-19 di Singapura kekal dalam apa yang disifatkan MOH sebagai "tinggi", berbanding awal tahun ini.
Memandangkan ramai warga Singapura sudah kembali dari cuti sekolah Jun, MOH mengatakan pihaknya akan terus memantau rapi situasi itu.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.