Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes COVID-19 di S'pura mungkin capai hingga 15,000 kes sehari disebabkan gelombang Omicron

Gelombang jangkitan varian Omicron akan datang di Singapura boleh mencapai sehingga 15,000 kes sehari, iaitu beberapa kali ganda lebih tinggi berbanding gelombang varian Delta pada tahun lalu yang menyaksikan jumlah kes mencecah sekitar 5,000 sehari.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes COVID-19 di S'pura mungkin capai hingga 15,000 kes sehari disebabkan gelombang Omicron

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 05 Jan 2022 09:54PM Dikemas Kini : 05 Jan 2022 10:32PM

SINGAPURA: Gelombang jangkitan varian Omicron akan datang di Singapura boleh mencapai sehingga 15,000 kes sehari, iaitu beberapa kali ganda lebih tinggi berbanding gelombang varian Delta pada tahun lalu yang menyaksikan jumlah kes mencecah sekitar 5,000 sehari.

Profesor Madya Kenneth Mak yang merupakan pengarah khidmat perubatan di Kementerian Kesihatan (MOH) berkata di satu sidang media pada Rabu (5 Jan) bahawa ia konsisten dengan pengalaman negara-negara lain seperti Britain, Denmark dan Afrika Selatan meskipun data baru menunjukkan kurang pesakit yang memerlukan rawatan di hospital dan bantuan pernafasan oksigen.

Ketika ini, jangkitan yang disebabkan varian Omicron membentuk purata sekitar 18 peratus daripada kesemua kes COVID-19 di sini dan ia dijangka meningkat lagi disebabkan ciri varian itu yang lebih mudah berjangkit.

"Kami memantau keadaan dengan teliti... jumlah kes yang dilaporkan meningkat sepanjang dua hari lalu menunjukkan gelombang jangkitan bermula di Singapura," katanya.

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan