Kes cerai pasangan Islam dapat diselesaikan kurang empat bulan pada 2023
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kes-kes perceraian pasangan Islam yang dilaporkan ke Mahkamah Syariah pada 2023 dapat diselesaikan secara purata dalam masa empat bulan.
Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Masagos Zulkifli berkata ia juga boleh diselesaikan lebih awal sekiranya semua pihak mempersetujui perceraian itu dan isu sampingan di peringkat pengantaraan.
Beliau menjelaskan hal itu dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Anggota Parlimen GRC Aljunied, Sylvia Lim dalam sesi parlimen pada Selasa (2 Jul).
Cik Lim bertanya apakah tempoh median dan purata masa dari detik kes perceraian didaftarkan sehinggalah ia diselesaikan.
Dalam jawapannya, Encik Masagos menjelaskan bahawa jika sesebuah keputusan dipertikaikan dan dibawa ke peringkat perbicaraan, tempoh penyelesaian boleh mengambil masa sehingga setahun dari tarikh penerimaan Saman Pemula atau lebih singkat daripada itu.
Encik Masagos yang juga Menteri Bertanggungjawab Ehwal Masyarakat Islam mendedahkan bahawa sekitar 30 peratus kes-kes perceraian pada tahun lalu dapat diselesaikan di peringkat pengantaraan.
Sesi pengantaraan dijadualkan kira-kira 10 minggu selepas mahkamah menerima saman pemula.
Lebih daripada satu sesi pengantaraan mungkin diperlukan sekiranya kedua-dua pihak memerlukan masa yang lebih lama untuk memfailkan dokumen-dokumen mereka atau mempertimbangkan syarat-syarat penyelesaian.
Bagi kes-kes perceraian yang tidak dapat diselesaikan di peringkat pengantaraan, masa yang diambil untuk menyelesaikan kes-kes tersebut bergantung kepada beberapa faktor termasuk kerumitan sesebuah kes serta pematuhan pihak berkenaan kepada arahan dan garis masa yang ditetapkan mahkamah.

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.