Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes campak kian meningkat, naik kepada 116 tahun ini: MOH

Jumlah kes campak di Singapura meningkat sejak minggu-minggu kebelakangan ini dengan 17 kes baru dilaporkan di dua lokasi berasingan, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan media pada Selasa (23 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Kes campak kian meningkat, naik kepada 116 tahun ini: MOH

Jumlah kes campak di Singapura meningkat sejak minggu-minggu kebelakangan ini dengan 17 kes baru dilaporkan.

Diterbitkan : 23 Jul 2019 10:50PM Dikemas Kini : 23 Jul 2019 10:54PM

SINGAPURA: Jumlah kes campak di Singapura meningkat sejak minggu-minggu kebelakangan ini dengan 17 kes baru dilaporkan di dua lokasi berasingan, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan media pada Selasa (23 Jul).

Setakat 22 Jul, jumlah kes campak tahun ini sudah meningkat kepada 116 kes, tambah MOH.

Meskipun tiada bukti yang menunjukkan kes terbaru itu, akan menular ke dalam masyarakat, MOH menyatakan pihaknya sudah mengambil langkah berjaga-jaga untuk mencegahnya daripada terus merebak.

Menurut MOH, 88 kes tersebut adalah jangkitan tempatan manakala 28 kes diimport dari Bangladesh, Dubai, Malaysia, New Zealand, Filipina, Thailand dan Vietnam.

Tiada kematian dilaporkan tahun ini disebabkan kes-kes itu.

14 KES DI MINDSVILLE@NAPIRI HOME

Menurut MOH, pihaknya dimaklumkan mengenai kes disyaki penyakit campak pada 7 Jul, di MINDSville@Napiri. Pusat di 7 Lorong Napiri itu adalah bagi orang kurang upaya intelektual.

Penghuni di rumah tumpangan itu mengalami tanda-tanda penyakit campak pada 29 Jun dan menerima rawatan pesakit luar pada 1 Jul dan 5 Jul.

Menurut MOH, setelah beliau disahkan positif demam campak pada 9 Jul, penghuni itu dimasukkan ke hospital. Beliau sudah pun dibenarkan keluar dari hospital dan sudah tidak lagi berjangkit.

13 kes lain dilaporkan kepada MOH dari 19 Jul hingga 22 Jul, dan para pesakit segera diasingkan dan diberi rawatan.

Kes yang disahkan termasuk 12 penghuni dan dua kakitangan, menurut MOH. Enam daripada penghuni berkenaan akhirnya dimasukkan hospital, seorang daripadanya dibenarkan keluar dari hospital dan tidak lagi berjangkit.

PENYAKIT CAMPAK MENINGKAT DI SELURUH DUNIA, RAKYAT S'PURA DIGESA BERWASPADA
Dalam kenyataan itu, MOH menggesa rakyat Singapura agar bersikap waspada, kerana jumlah kes penyakit campak di seluruh dunia sudah meningkat dengan ketara.

Penyakit campak mudah berjangkit dalam kalangan individu yang tidak mendapat suntikan vaksin. Ia boleh berjangkit seawaI empat hari sebelum ruam timbul sehingga empat hari kemudian.

MOH mengingat orang ramai bahawa cara paling berkesan mencegah jangkitan campak adalah untuk menerima suntikan vaksin. 

Sumber : CNA/NA/na

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa