Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes campak di S'pura cecah 149 di tengah-tengah peningkatan global

Jumlah kes campak di Singapura mencecah tahap tertinggi sejak penularan pada 1997, menurut perangkaan yang didedahkan oleh Kementerian Kesihatan pada Khamis (24 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Kes campak di S'pura cecah 149 di tengah-tengah peningkatan global

Gambar fail. (Gambar: Jack Board)

Diterbitkan : 25 Oct 2019 09:22PM Dikemas Kini : 25 Oct 2019 09:24PM

SINGAPURA: Jumlah kes campak di Singapura mencecah tahap tertinggi sejak penularan pada 1997, menurut perangkaan yang didedahkan oleh Kementerian Kesihatan pada Khamis (24 Okt).

Menurut buletin mingguan terbaru mengenai penyakit berjangkit yang diterbitkan pada Khamis, terdapat 149 kes campak di Singapura setakat 19 Okt.

Ini adalah empat kali ganda jumlah kes campak bagi keseluruhan 2018, yang mencatatkan 34 kes.

Jumlah kes campak di Singapura mencecah 1,413 pada 1997, sebelum Pemerintah memperkenalkan jadual vaksinasi MMR dua dos pada 1998. Jumlah kes campak merosost kepada 114 tahun itu.

Pada Julai tahun ini, Kementerian Kesihatan (MOH) menggesa rakyat Singapura untuk kekal berwaspada, kerana jumlah kes campak di seluruh dunia meningkat dengan banyak.

Kementerian itu juga memaklumkan para doktor keluarga untuk memantau kes campak, terutamanya para pesakit yang melawat ke luar negara baru-baru ini atau yang belum mendapatkan vaksin.

Penyakit itu, yang amat mudah dijangkiti di kalangan individu yang tidak menerima vaksin, boleh dicegah dengan mengambil dua dos vaksin MMR (Beguk, Campak, Rubela). 

Sumber : CNA/NA/na

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa