Kes cabul meningkat di SG; jumlah jenayah fizikal naik 4.4% pada 2025
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Singapura mencatat kenaikan dalam kes mencabul kehormatan tahun lalu, dengan jumlah keseluruhan kes jenayah fizikal juga catat peningkatan.
Sebanyak 1,531 kes cabul dilaporkan pada 2025, naik 7.3 peratus daripada 1,427 kes pada 2024, menurut statistik tahunan yang dikeluarkan oleh Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Selasa (24 Feb).
Ia membentuk kira-kira 7.3 peratus jumlah kes jenayah fizikal tahun lalu.
Jumlah kes jenayah fizikal meningkat sebanyak 4.4 peratus, dengan 20,857 kes dilaporkan pada 2025, berbanding 19,969 pada 2024.
Polis menarik perhatian bahawa kes mencabul kehormatan dan kecurian di kediaman merupakan jenayah yang paling membimbangkan pada 2025.
Bilangan kes kecurian di kedai dan kes intai turut mencatat peningkatan.
LEBIH BANYAK KES CABUL
Lebih separuh kes cabul yang dilaporkan tahun lalu melibatkan pesalah yang dikenali oleh mangsa.
Tiga lokasi utama di mana kesalahan cabul kehormatan biasanya dilakukan ialah premis kediaman (372 kes), di pengangkutan awam (164 kes) dan pusat hiburan awam (115 kes).
Walau bagaimanapun, terdapat penurunan dalam bilangan kes di kompleks beli-belah - 103 pada 2025, berbanding 135 pada 2024.
SPF menyatakan ia terus bekerjasama dengan pihak berkepentingan untuk meningkatkan kesedaran tentang kes-kes mencabul.
Ini termasuk bekerjasama dengan pengendali pengangkutan awam dan rakan kongsi lain untuk meningkatkan kehadiran polis di pengangkutan awam melalui rondaan bersama dan penyebaran makluman mengenai jenayah.
"Orang ramai digalakkan supaya berwaspada, terutamanya di kawasan yang sesak. Jika mereka menyaksikan pencabulan atau menyedari seseorang menjadi mangsa cabul, mereka harus melaporkan perkara itu kepada polis dengan segera," jelas SPF.
KECURIAN DI DORMITORI
Jumlah kes kecurian di kawasan kediaman turun sebanyak 0.9 peratus daripada 1,514 kes pada 2024 kepada 1,500 pada 2025.
Ia menyumbang kira-kira 7.2 peratus daripada jumlah kes jenayah fizikal dan kekal sebagai jenayah yang membimbangkan, kata polis.
Peningkatan ketara juga disaksikan dalam bilangan kes di dormitori pekerja asing, kata polis, yang meningkat sebanyak 57.4 peratus kepada 85 tahun lalu, daripada 54 pada tahun 2024.
"Kebanyakan kes melibatkan penghuni dormitori yang berkongsi bilik yang sama dengan mangsa, dan mengambil barang peribadi mereka tanpa kebenaran semasa mangsa sedang tidur," kata SPF.
Polis akan terus melancarkan inisiatif pencegahan jenayah dan pendidikan awam di dormitori-dormitori, tambahnya.
Kes kecurian di kawasan kediaman lain biasanya berlaku di premis yang tidak selamat atau tidak dijaga.
JENAYAH LAIN
Kedua-dua kes kecurian di kedai dan kes intai menurun tahun lalu.
Kes kecurian di kedai turun sebanyak 3 peratus daripada 4,237 kes pada 2024 kepada 4,109 kes pada 2025. Namun, kes sedemikian masih membentuk hampir satu perlima daripada jumlah kes jenayah fizikal.
Kecurian di kedai juga kekal sebagai salah satu kesalahan utama yang dilakukan oleh belia yang ditangkap tahun lalu, jelas SPF.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, 578 orang muda - berumur antara 10 hingga 19 tahun - ditangkap pada 2025 kerana mencuri di kedai, tambah polis.
Kebanyakan kes berlaku di pasar raya, butik kecantikan, kedai penjagaan diri, serta kedai kesihatan dan kesejahteraan.
Lebih separuh kes melibatkan kerugian bawah S$50, dan barang yang biasanya dicuri termasuk makanan dan minuman, produk penjagaan diri, minuman beralkohol, pakaian dan aksesori.
Polis mengaitkan peningkatan bilangan kes kecurian di kedai dengan program Kesedaran Kecurian Kedai bagi Peruncit (STAR), di mana SPF bekerjasama dengan peruncit untuk menganalisis faktor risiko kedai mereka dan memberi nasihat tentang langkah-langkah untuk mencegah kecurian di kedai.
Setakat sehingga 31 Disember tahun lalu, lebih 1,100 kedai runcit di seluruh Singapura sudah mendaftar. Ini termasuk peruncit utama seperti NTUC FairPrice, Sheng Siong, Watsons, Sephora dan Challenger.
Polis juga menekankan bahawa Watsons sedang meneroka penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk mengesan tingkah laku yang mencurigakan dengan lebih baik di kedainya.
Pada masa yang sama, SPF juga bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (MOE) untuk mendidik belia tentang pelbagai jenayah, termasuk kecurian di kedai, melalui inisiatif seperti ceramah sekolah dan makluman sekolah bersama.
Bilangan kes intai, yang termasuk kesalahan mengintai dari bawah skirt, turun sebanyak 6.4 peratus daripada 519 kes pada 2024 kepada 486 tahun lalu.
Ia membentuk 2.3 peratus kes jenayah fizikal pada 2025.
Pengintai biasanya melakukan kesalahan di premis kediaman (146 kes), kompleks beli-belah (91 kes) dan di pengangkutan awam (48 kes).
Kebanyakan kes di premis kediaman dilakukan oleh mereka yang dikenali mangsa, seperti pasangan atau bekas pasangan, individu dalam rumah yang sama serta rakan-rakan.
Polis menyatakan penurunan kes intai mencerminkan usaha bersama dengan rakan kongsi masyarakat.
Ini termasuk Persatuan Tandas Singapura yang melancarkan garis panduan keselamatan praktikal untuk tandas awam, seperti penempatan kamera litar tertutup (CCTV) di pintu masuk tandas, pembahagi tandas dengan ketinggian penuh dan pencahayaan yang lebih baik untuk mencegah pengintai.
Walaupun terdapat pengurangan dalam kes sedemikian, polis menggesa orang ramai supaya terus berwaspada.
"Mereka harus cuba ingat butiran penting seperti penampilan pelaku dan sebarang alat yang terlibat," kata SPF, sambil menambah bahawa orang ramai harus mengelak daripada bersemuka dengan pesalah sendiri dan sebaliknya menghubungi polis.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, polis juga menyediakan statistik untuk jenayah kekerasan, iaitu pembunuhan dan insiden berkaitan pisau.
Ada tujuh kes pembunuhan pada 2025, turun daripada 10 pada 2024. Suspek dalam kesemua tujuh kes dikenal pasti, dan lima daripada kes tersebut melibatkan pesalah yang dikenali mangsa.
Bilangan jenayah melibatkan pisau kekal agak stabil sejak tiga tahun lalu, kata SPF.
Sebanyak 137 kejadian sedemikian dilaporkan pada 2025, berbanding 131 pada 2024 dan 117 pada 2023. Dalam kebanyakan kes, mangsa mengenali pesalah tersebut.
Secara berasingan, bilangan kes pecah rumah turun sebanyak 8.5 peratus daripada 118 kes pada 2024 kepada 108 pada 2025. Ini menyumbang kira-kira 0.5 peratus daripada jumlah kes jenayah fizikal.
Hampir separuh daripada kes pecah rumah berlaku di premis kediaman, dengan "campuran sekata" antara kediaman privet dan awam, kata polis.
Penolong Pesuruhjaya Kanan Leon Chan, pengarah jabatan operasi, berkata jenayah di Singapura masih terkawal.
"Dengan sokongan daripada pihak-pihak berkepentingan dan orang ramai, kami yakin dapat mengekalkan kadar jenayah Singapura yang rendah dan memastikan Singapura kekal sebagai salah sebuah bandar paling selamat di dunia," tambahnya.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.