Skip to main content

Singapura

Kes cabul kehormatan, penipuan cinta Internet meningkat pada 2017; meski jenayah secara keseluruhannya merosot

Semakin banyak kes mencabul kehormatan dan penipuan cinta melalui internet dilaporkan pada tahun lalu, meskipun jenayah secara keseluruhannya merosot di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Feb 2018 12:55PM Dikemas Kini : 03 Feb 2018 10:26PM

SINGAPURA: Semakin banyak kes mencabul kehormatan dan penipuan cinta melalui internet dilaporkan pada tahun lalu, meskipun jenayah secara keseluruhannya merosot di Singapura.

Pasukan Polis Singapura (SPF) mendedahkan demikian dalam taklimat jenayah tahunannya, yang dikeluarkan hari ini (3 Feb).

Jumlah kes mencabul kehormatan meningkat sebanyak 22.2 peratus, dengan 1,566 kes dilaporkan tahun lalu.

Jumlah kes mencabul kehormatan di dalam pengangkutan awam khususnya, melonjak sebanyak 60.5 peratus kepada 207 kes.

Menurut SPF, ia akan meningkatkan rondaan di hab-hab pengangkutan awam, di samping mengedarkan risalah kepada para penumpang pada waktu sibuk sebelah pagi dan petang.

Sementara itu, bilangan kes penipuan kredit bagi khidmat seks merosot sebanyak 46.3 peratus kepada 418 kes.

Kes penipuan di mana suspek menyamar sebagai pegawai China juga merosot, dengan 186 kes dilaporkan pada tahun lalu.

Ini berbanding 501 kes pada tahun 2016.

Bagaimanapun, lebih ramai orang terjejas oleh kes penipuan cinta melalui internet.

Kes sedemikian meningkat 29.9 peratus, dari 635 kes pada 2016 kepada 825 kes pada tahun lalu.

Secara keseluruhannya, jumlah wang yang ditipu meningkat sebanyak 54.2 peratus, dari S$24 juta kepada sekitar S$37 juta.

Jumlah kes jenayah di Singapura jatuh satu peratus pada tahun lalu.

Secara keseluruhannya, kadar jenayah juga bertambah baik dengan 584 kes dilaporkan bagi setiap 100,000 orang.

Ini berbanding 590 kes pada tahun 2016.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita