Kes cabul kehormatan keprihatinan utama SPF; khususnya dalam pengangkutan awam
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Jeremy Long)
SINGAPURA: Jenayah melibatkan perbuatan mencabul kehormatan terus menjadi perhatian utama Pasukan Polis Singapura (SPF) sedang jumlah kes sedemikian semakin meningkat.
Sebanyak 773 kes mencabul kehormatan dilaporkan pada separuh pertama tahun ini, meningkat 4.6 peratus daripada 739 yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada 2021, menurut statistik jenayah pertengahan tahun yang dikeluarkan oleh SPF.
"Jumlah kes mencabul kehormatan yang berlaku dalam sistem pengangkutan awam, termasuk rangkaian pengangkutan awam dan dalam pengangkutan awam tetap menimbulkan kebimbangan," menurut SPF pada Rabu (31 Ogos).
Dalam kalangan kes yang berlaku dalam rangkaian pengangkutan awam, 63.8 peratus melibatkan mangsa yang berumur antara 13 dengan 29 tahun.
Untuk meningkatkan kesedaran tentang jenayah tersebut , SPF akan melancarkan satu video pendidikan awam yang baru di stesen-stesen MRT.
"Video berbentuk nasihat itu bertujuan untuk mendidik orang ramai mengenai apa yang boleh dilakukan jika mereka berdepan jenayah seperti itu di samping mengingatkan mereka supaya terus berwaspada dan melaporkan kejadian sedemikian kepada pihak polis jika ternampak sesuatu yang mencurigakan," menurut SPF.
Sebagai contoh, maklumat yang diberikan oleh mangsa yang melaporkan kes dengan pantas berhasil membantu menyelesaikan banyak kes, menurut SPF sambil menambah bahawa maklumat yang berguna termasuk gambaran tentang suspek dan arah perjalanan mereka.
Kesalahan mencabul kehormatan boleh membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda, sebat, atau mana-mana gabungan hukuman tersebut.
Jika mangsa berusia bawah usia 14 tahun, hukuman penjara maksimum boleh dilanjutkan sehingga lima tahun.
"Polis tidak akan bertolak ansur terhadap pesalah seksual yang mengancam keselamatan masyarakat awam. Pesalah akan dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang."

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.