Kes cabul di SG lonjak lebih 20% pada separuh pertama 2025
Anggaran Waktu Membaca:
Kes mencabul kehormatan membentuk 7.8% daripada 10,341 kes jenayah fizikal pada separuh pertama tahun ini.(Gambar: Jeremy Long)
SINGAPURA: Jumlah kes mencabul kehormatan di Singapura meningkat pada separuh pertama 2025, naik sebanyak 21.2 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2024.
Sebanyak 807 kes sedemikian dilaporkan dari Januari hingga Jun tahun ini, meningkat daripada 666 kes, menurut perangkaan jenayah fizikal pertengahan tahun yang dikeluarkan oleh pihak polis pada Selasa (26 Ogos).
Kes mencabul kehormatan membentuk 7.8 peratus daripada 10,341 kes jenayah fizikal pada separuh pertama tahun ini.
Jumlah keseluruhan kes meningkat sebanyak 5.4 peratus daripada 9,809 kes yang dilaporkan dalam tempoh enam bulan yang sama tahun lalu.
LEBIH BANYAK KES MENCABUL DALAM PENGANGKUTAN AWAM
Lebih separuh daripada kes melibatkan pelaku yang dikenali oleh mangsa.
Polis juga menarik perhatian kepada peningkatan jumlah kes yang berlaku dalam pengangkutan awam serta di laluan pejalan kaki dan kaki lima.
Bagi kes dalam pengangkutan awam, 90 kes dilaporkan pada enam bulan pertama 2025, berbanding 64 pada tempoh yang sama tahun lalu.
“SPF (Pasukan Polis Singapura) akan terus bekerjasama dengan pengendali pengangkutan awam dan rakan kongsi, termasuk SBS Transit, SMRT Corporation, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan NCPC (Majlis Pencegahan Jenayah Kebangsaan) untuk menyebarkan makluman jenayah dalam rangkaian pengangkutan awam,” kata polis.
Pihak polis juga sedang bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan untuk menyediakan makluman jenayah berhubung kes mencabul kehormatan pada iklan yang digantung dalam bas bermula hujung bulan ini.
“Makluman yang digantung dalam bas ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran penumpang bas, memberi mereka pengetahuan tentang modus operandi kes mencabul kehormatan yang biasa berlaku dan tip untuk melindungi diri, serta gesaan untuk melaporkan kepada pihak polis jika ternampak jenayah seperti ini,” tambah polis, sambil menggesa masyarakat supaya saling prihatin dan melaporkan kegiatan mencurigakan.
Selain pengangkutan awam, kes mencabul kehormatan juga biasanya berlaku di kediaman dan kompleks beli-belah.
Jumlah kes di kawasan kediaman meningkat, manakala kes di kompleks beli-belah menurun.
Situasi di premis hiburan awam pula “kekal stabil”, menurut polis.
Sebanyak 54 kes dicatatkan pada separuh pertama tahun ini, berbanding 51 pada tahun lalu.
KES INTAI MASIH MENJADI KEBIMBANGAN
Kes mengintai merosot sebanyak 2.3 peratus, iaitu enam kes - daripada 258 pada separuh pertama 2024 kepada 252 dalam tempoh yang sama tahun ini.
Kes ini membentuk 2.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes jenayah fizikal. Sungguhpun begitu, kes mengintai masih merupakan jenayah yang membimbangkan, kata polis.
Kediaman, kompleks beli-belah dan rangkaian pengangkutan awam mencatatkan jumlah kes mengintai paling tinggi setakat ini pada tahun ini.
Kebanyakan kes di kawasan kediaman dilakukan oleh pelaku yang dikenali mangsa, seperti pasangan semasa atau bekas pasangan, ahli keluarga atau rakan, menurut polis.
Sementara itu, pelaku dalam kes yang berlaku di kompleks beli-belah dan pengangkutan awam kebanyakannya tidak dikenali oleh mangsa, tambah polis.
Jumlah kes mengintai di kompleks sukan dan kolam renang merosot kepada enam, berbanding 11 kes yang dilaporkan pada separuh pertama 2024.
SPF melaksanakan langkah pendidikan awam untuk membanteras kes mengintai dalam rangkaian pengangkutan awam, dengan menyesuaikan strategi yang digunakan untuk kes mencabul kehormatan.
Polis juga bekerjasama dengan Persatuan Tandas Singapura bagi memperkenalkan garis panduan reka bentuk keselamatan bagi tandas awam, seperti memasang kamera litar tertutup (CCTV) di pintu masuk tandas, penggunaan sekatan tandas dengan ketinggian penuh dan pencahayaan yang lebih terang.
Polis juga menasihatkan orang awam supaya mengamalkan langkah pencegahan daripada kes mengintai seperti sentiasa berwaspada semasa menggunakan ruang awam seperti tandas dan bilik salin pakaian, serta memeriksa kawasan sekeliling untuk mengenal pasti perkara mencurigakan seperti kamera tersembunyi atau peranti yang luar biasa.
Mereka juga harus peka terhadap lubang yang mencurigakan di dinding, pendawaian yang ganjil dan objek yang kelihatan tidak kena pada tempatnya, serta berhati-hati terhadap individu yang memegang telefon atau beg dengan cara yang mencurigakan, terutama berhampiran celahan bilik kecil, kata polis.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.