Skip to main content

Singapura

Kes bunuh Tanah Merah: Ahmad Muin Yaacob didakwa dengan tuduhan membunuh Maimunah Awang

Seorang lelaki warga Malaysia berusia 23 tahun didakwa hari ini (21 Dis) atas pembunuhan Cik Maimunah Awang yang jenazahnya dijumpai di dalam sebuah longkang berdekatan Terminal Feri Tanah Merah.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes bunuh Tanah Merah: Ahmad Muin Yaacob didakwa dengan tuduhan membunuh Maimunah Awang

Ahmad Muin Yaacob, 23 tahun, warga Malaysia yang dituduh membunuh pekerja di Terminal Feri Tanah Merah tiba di Mahkamah Negara. (Gambar: Ernest Chua/TODAY)

Diterbitkan : 21 Dec 2016 11:58AM Dikemas Kini : 21 Dec 2016 11:59AM

SINGAPURA: Seorang lelaki warga Malaysia berusia 23 tahun didakwa hari ini (21 Dis) atas pembunuhan Cik Maimunah Awang yang jenazahnya dijumpai di dalam sebuah longkang berdekatan Terminal Feri Tanah Merah.

Mangsa yang berusia 54 tahun itu bekerja sebagai penyelia pekerja pembersihan di terminal feri berkenaan.

Ahmad Muin Yaacob dituduh membunuh mangsa pada 24 November lalu.

Pasukan polis Singapura menyatakan semalam bahawa Ahmad ditangkap di Malaysia pada Ahad lalu dengan bantuan polis Malaysia dan diserahkan kepada pihak berkuasa Singapura keesokan harinya.

Dia tidak menunjukkan sebarang emosi semasa tuduhan terhadapnya dibacakan, tetapi sebaliknya menanyakan satu soalan kepada hakim: "Bolehkah saya diselamatkan daripada hukuman mati jika saya bekerjasama dengan pihak berkuasa?"

Ahmad akan ditahan reman selama seminggu untuk disiasat dan akan dihadapkan ke mahkamah pada Rabu depan.

Jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman mati.

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita