Kes bunuh Pusat Penjaja Maxwell: Suspek 41 tahun dibawa ke tempat kejadian
Seorang lelaki yang disyaki membunuh seorang wanita berusia 48 tahun di Pusat Penjaja Maxwell telah dibawa ke tempat kejadian oleh polis pada Selasa (15 Okt).

(Gambar: CNA)
Berbaju polo merah, seluar pendek hitam dan selipar, warga China dan Penduduk Tetap (PR) Singapura, Wu Tao, 41, tiba di lokasi sekitar pukul 9.00 pagi. Dia diiringi lapan penyiasat polis dan pegawai forensik.
Kawasan yang dikepung polis seluas lima gerai makanan di hadapan Dao Xiang Ju, gerai makanan Cina dan Thai di mana jenayah itu dilakukan. Lima anggota polis beruniform mengawal tempat kejadian.
Wu, yang memakai pelitup, dibawa masuk dan keluar dari gerai tersebut sebanyak beberapa kali. Dia juga disuruh duduk di meja depan gerai tersebut.




Wu dipercayai melakukan jenayah itu antara pukul 10.25 malam dan 10.53 malam pada 6 Sep.
Dia menyerah diri beberapa jam kemudian di Pusat Polis Kejiranan Bukit Merah East, pada pukul 1.36 pagi keesokan harinya.
Siasatan awal mendapati bahawa kedua-dua Wu dan mangsa mengenali satu sama lain.
Dia berdepan hukuman mati jika didapati bersalah kerana membunuh.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.