Kes bunuh Orchard Towers: Tertuduh gagal hadir ke mahkamah
Salah seorang tertuduh dalam kes pembunuhan di Orchard Tower, yang dibebaskan dengan ikat jamin, gagal menghadirkan diri ke mahkamah hari ini (29 Ogos).
Kertas tisu berdarah di pintu masuk Orchard Towers pada 2 Julai 2019. (Gambar: 8world News/Cai Youxia)
SINGAPURA: Salah seorang tertuduh dalam kes pembunuhan di Orchard Tower, yang dibebaskan dengan ikat jamin, gagal menghadirkan diri ke mahkamah hari ini (29 Ogos).
Tan Hong Sheng, 22 tahun, pada asalnya didakwa bersama lima lelaki dan seorang wanita atas tuduhan membunuh dengan niat.
Dakwaan ke atasnya kemudian dikurangkan kepada bersubahat dengan salah seorang lagi tertuduh, Tan Sen Yang, di Naughty Girl Club pada 2 Julai lalu. Tan pada waktu itu dipercayai mempunyai bersamanya sebilah pisau lipat karambit iaitu sejenis pisau lengkung kecil.
Mangsa Satheesh Noel Gobidal, 31 tahun, meninggal dunia di hospital berikutan insiden di Orchard Towers.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dia berjalan perlahan di hadapan tangga bergerak sebelum rebah ke lantai. Rakaman-rakaman lain pula menunjukkan mangsa bergaduh dengan beberapa orang di Orchard Towers.
Tan Hong Sheng sepatutnya hadir di mahkamah bersama dua lagi suspek yang turut menerima peringanan tuduhan.
Chan Jia Xing dan Loo Boon Chong, bagaimanapun hadir untuk perbicaraan di Mahkamah Negara hari ini.
Peguam Tan, Josephus Tan dari Invictus Law Corporation memberitahu mahkamah bahawa ibu Tan sudahpun memfailkan laporan polis tiga hari lalu.
Wanita itu diberi masa 48 jam untuk mencari anaknya dan peguam bela itu memberitahu hakim bahawa beliau dan pasukannya akan kekal menjadi peguam Tan sehingga dia ditangkap.
Ibu Tan perlu hadir untuk perbicaran di mahkamah pada Oktober untuk menjelaskan apa yang berlaku.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.