Kes bunuh ibu dan nenek: Tertuduh akan dibawa ke tapak kejadian di Commonwealth
Seorang lelaki yang dituduh membunuh ibu dan neneknya di Commonwealth bulan lalu akan dibawa ke tempat kejadian sebagai sebahagian proses siasatan. Mahkamah diberitahu demikian semasa kes tersebut didengar pada Isnin (25 Nov).
SINGAPURA: Seorang lelaki yang dituduh membunuh ibu dan neneknya di Commonwealth bulan lalu akan dibawa ke tempat kejadian sebagai sebahagian proses siasatan. Mahkamah diberitahu demikian semasa kes tersebut didengar pada Isnin (25 Nov).
Gabriel Lien Goh, 22, dihadapkan di mahkamah dan hanya menundukkan pandangan sepanjang perbicaraan.
Pihak pendakwa polis meminta Goh direman untuk melawat tempat kejadian untuk menyelesaikan siasatan dan mendapatkan bukti.
Beliau berkata Goh belum direman oleh divisyen sewajarnya kerana dia sebelum ini berada di Pusat Perubatan Kompleks Penjara Changi.
Pihak polis sudah menerima laporan dari Institut Kesihatan Mental (IMH) dan perlu mendapatkan nasihat Pejabat Peguam Negara (AGC). Mahkamah dimaklumkan belum ada tarikh ditetapkan bagi sidang praperbicaraan.
Hakim Daerah Brenda Tan mengarahkan Goh direman selama seminggu.
Goh dikenakan tuduhan pertama membunuh ibunya, Lee Soh Mui, 56 tahun, di sebuah di tingkat tujuh Blok 7A Commonwealth Avenue pada 27 Oktober.
Dia dikenakan satu lagi dakwaan membunuh neneknya, See Keng Keng, 90 tahun, di flat yang berbeza pada hari itu.
Semasa perbicaraan sebelum ini, menerusi sidang video, Goh memohon maaf kepada keluarganya sambil berkata apa yang berlaku adalah secara tidak sengaja dan dia "tidak pernah berniat untuk semua itu berlaku".
Dia ditahan pada malam kejadian selepas kedua-dua wanita ditemui mati di tempat kejadian.
Goh sehingga hari ini tidak diwakili sebarang peguam dan akan kembali dihadapkan ke mahkamah pada 2 Disember. Jika didapati bersalah atas pertuduhan membunuh, Goh boleh dihukum mati.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.