Kes bunuh Felicia Teo: Lelaki yang dituduh dilepas tanpa dibebaskan; tertuduh kedua masih belum dikesan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki yang asalnya didakwa atas tuduhan membunuh seorang remaja perempuan berusia 19 tahun pada 2007 telah dilepaskan tanpa dibebaskandaripada tuduhan berat itu pada Isnin (27 Jun).
Ahmad Danial Mohamed Rafa'ee, 37 tahun, bagaimanapun masih boleh didakwa semula jika ada perkembangan baru dalam kes tersebut seperti penemuan bukti baru.
Tuduhan membunuh yang dikenakan terhadap Ahmad Danial digantikan dengan enam tuduhan baru bagi kesalahan yang lebih ringan.
Dia juga ditawarkan ikat jamin S$20,000. Ahmad Danial hadir di mahkamah melalui pautan video, dengan anggota keluarganya turut hadir di mahkamah.
Dia akan kembali ke mahkamah pada Rabu depan untuk mengaku bersalah terhadap tuduhan baru tersebut.
Ahmad Danial didakwa pada Disember 2020 kerana membunuh Cik Felicia Teo Wei Ling, 13 tahun selepas beliau dilaporkan hilang oleh ibunya.
Ahmad Danial dituduh membunuhnya antara 1.39 pagi dan 7.20 pagi pada 30 Jun 2007 di sebuah flat di Blok 19, Marine Terrace dengan suspek kedua Ragil Putra Setia Sukmarahjana, yang masih belum lagi dapat ditangkap.
Cik Teo, dilaporkan hilang pada 3 Julai 2007.

TUDUHAN BARU
Ahmad Danial kini dituduh membuang mayat Cik Teo di Punggol Track 24 pada atau sekitar 30 Jun 2007.
Dia juga dituduh dengan sengaja tidak memaklumkan kematian mengejut atau luar biasa Cik Teo kepada polis, apabila dia seharusnya berbuat demikian di bawah undang-undang.
Sebaliknya, Ahmad Danial didakwa menyalahgunakan telefon bimbit Nokia atau Blackberry milik Cik Teo, komputer MacBook Pro dan kamera Olympus mendiang di sebuah flat di Marine Terrace.
Dia kemudiannya disyaki memalsukan bukti dengan meletakkan telefon Cik Teo di Taman East Coast antara 7.20 pagi dan 8.22 pagi pada 30 Jun 2007, untuk menyokong maklumat palsu yang diberikan kepada polis bahawa mangsa telah pergi ke sana.
Dia juga disyaki memalsukan bukti dengan membuat panggilan ke telefon Cik Teo, meninggalkan pesanan dan menghantar mesej di media sosial untuk memberi tanggapan palsu bahawa dia percaya mangsa masih hidup.
Pada 11 Jul dan 25 Jul 2007, dia kemudiannya didakwa memberikan maklumat palsu kepada dua pegawai polis bahawa Cik Teo telah meninggalkan flat di Marine Terrace itu secara sendirian pada 30 Jun 2007 dan dia tidak tahu apa yang berlaku kepadanya.
Encik Ragil, yang ketika itu berusia 18 tahun, dinamakan sebagai rakan subahat Ahmad Danial dalam kesemua enam tuduhan dan belum lagi dapat dikesan.
Timbalan Pendakwa Raya Yang Ziliang dan R Arvindren memberitahu mahkamah bahawa sebab utama pihak pendakwaan memohon Ahmad Danial dilepaskan tanpa dibebaskan adalah kerana Encik Ragil masih lagi lolos.
“Pihak berkuasa Indonesia telah dimaklumkan dan mereka sedang dalam proses mengesan (Encik Ragil),” kata pihak pendakwa.
"Ini bukan kes di mana polis telah berusaha selama bertahun-tahun untuk mengesan (Encik Ragil)," kata mereka, sambil menambah pihak berkuasa hanya mula mengesannya selepas Ahmad Danial ditahan pada 2020 dan "fakta baru terbongkar semasa siasatan".
Mereka menambah bahawa tiada bukti bahawa Encik Ragil telah mati, dan tuduhan membunuh adalah serius dan membawa hukuman mati.
Mereka yang disabitkan kesalahan meninggalkan mayat boleh dipenjara sehingga enam bulan, denda sehingga S$2,000 atau kedua-duanya sekali.
Sesiapa yang mereka bukti palsu boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda.
Hukuman kerana menyalahgunakan harta orang mati ialah penjara sehingga tiga tahun dan denda.
Hukuman kerana tidak memberi maklumat kepada penjawat awam seperti yang dikehendaki oleh undang-undang ialah penjara sehingga sebulan dan denda sehingga S$500.
Sesiapa yang memberi maklumat palsu kepada penjawat awam boleh dipenjara sehingga enam bulan, denda sehingga S$1,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber : Today/SU/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.