Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes bunuh di Yishun Ring Road: Suspek dibawa ke lokasi jenayah

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 06 Aug 2024 04:12PM Dikemas Kini : 06 Aug 2024 09:00PM
SINGAPURA: Lelaki yang dituduh membunuh seorang lelaki 35 tahun di sebuah flat di Blok 803 Yishun Ring Road dibawa ke tempat kejadian pada Selasa (6 Ogos).

Affendi Yusoff, warga Singapura berusia 49 tahun dituduh membunuh Fiqri Choo Iskandar pada 27 Julai.

Affendi tiba di tempat pembunuhan itu pada 10.15 pagi dalam sebuah van hitam.
Gambar: Ili Nadhirah Mansor/CNA

Berkemeja merah dan seluar pendek hitam, Affendi yang digari dan memakai pelitup serta selipar, ditemani empat pegawai polis.


Dia kemudian dibawa ke tingkat 10 flat tersebut yang dikepung polis, di mana dia didakwa membunuh Fiqri di lobi lif.

Affendi membawa polis ke sebuah flat di tingkat yang sama, dan dilihat bermundar mandir antara kawasan dapur dan bilik tidur.

Dia juga dilihat disoal polis semasa berada di bilik tamu selama beberapa minit.

S
Gambar: Wallace Woon/CNA
S
Gambar: Wallace Woon/CNA
S
Gambar: Wallace Woon/CNA


Menurut polis, pihaknya menerima panggilan meminta bantuan pada sekitar 8.35 pagi, 27 Jul.

Seorang penduduk yang tinggal di blok bertentangan berkata dia terdengar dua lelaki bertengkar sekitar 8.00 pagi.

Mangsa ditemui dalam keadaan terbujur kaku dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Affendi diberkas di situ.

Kertas tuduhan tidak menyatakan hubungan antara kedua-dua lelaki itu tetapi siasatan awal menunjukkan mereka saling mengenali.

Jika sabit kesalahan, Affendi berdepan hukuman mati.

Siasatan masih dijalankan.
 

S
Gambar: Wallace Woon/CNA
Sumber : CNA/SU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan