Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes bunuh di Kitchener Road: 6 didakwa selepas lelaki maut dalam pergaduhan di kedai kopi

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Enam orang akan didakwa pada Isnin (23 Sep) atas tuduhan terbabit dalam pembunuhan seorang lelaki berusia 25 tahun.

Suspek berusia antara 20 dengan 24 tahun itu didakwa terbabit dalam pergaduhan di sebuah kedai kopi dekat Kitchener Road di kawasan Farrer Park pada Ahad.

Polis dimaklumkan tentang kejadian di Verdun Road itu pada kira-kira 4.05 pagi.

Seorang lelaki berusia 22 tahun akan didakwa atas tuduhan membunuh.

Tiga lelaki, berusia antara 20 dengan 23 tahun, dan dua wanita berusia 24 tahun akan didakwa atas kesalahan merusuh menggunakan senjata yang boleh membawa maut.

Menurut polis pada Ahad, dua lelaki, berusia 24 dan 25 tahun, berada dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika dibawa ke hospital.

Lelaki berusia 25 tahun itu kemudian meninggal dunia.

Sesiapa didapati bersalah kerana membunuh boleh dihukum mati, manakala pertuduhan merusuh menggunakan senjata yang boleh membawa maut boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan dirotan.

Siasatan polis sedang dijalankan.
Sumber : CNA/SU/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan