Kes bunuh di hotel Capri by Fraser: Suspek dibawa semula ke tempat kejadian
Seorang lelaki warga Indonesia yang didakwa membunuh isterinya dalam sebuah bilik hotel dibawa semula ke tempat kejadian pada pagi Rabu (3 Dis).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki warga Indonesia yang didakwa membunuh isterinya dalam sebuah bilik hotel dibawa semula ke tempat kejadian pada pagi Rabu (3 Dis).
Dengan berpakaian kemeja polo berwarna merah, seluar pendek berwarna hitam dan selipar, Salehuddin, yang menggunakan satu nama, tiba di sebuah tempat letak kereta berhampiran hotel Capri by Fraser China Square pada pukul 9.20 pagi.
Salehuddin, dengan kedua-dua tangan dan kakinya digari, dibawa ke hotel itu, sambil diiringi oleh beberapa anggota polis.
Dia dibawa menaiki lif ke bilik hotel itu, di mana isterinya ditemui.
Setelah menghabiskan kira-kira dua jam di hotel yang terletak di South Bridge Road itu, Salehuddin dibawa ke sebuah kenderaan polis di tempat letak kereta, dengan kepalanya tertunduk sedang dia menaiki kereta itu.
Dia meninggalkan kawasan itu pada kira-kira pukul 11.20 pagi.

Salehuddin dituduh menyebabkan kematian Cik Nurdia Rahmah Rery antara pukul 3.00 pagi dengan 5.00 pagi pada 24 Oktober 2025.
Pada pukul 7.40 pagi pada hari yang sama dia melakukan pembunuhan itu, Salehuddin pergi ke Balai Polis Kejiranan Bukit Merah East dan memberitahu pegawai polis dia membunuh isterinya, kata polis dalam satu kenyataan awal.
Pegawai polis pergi ke tempat kejadian dan menemui seorang wanita berusia 38 tahun terbaring kaku di sebuah bilik hotel.
Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik.

Salehuddin didakwa di mahkamah atas kesalahan membunuh pada 25 Oktober.
Semasa perbicaraan mahkamah, dia bertanya jika dia boleh didakwa di Indonesia, dan bukannya di Singapura.
Hakim berkata kes tertuduh "masih di peringkat terlalu awal" dan beliau tidak boleh mengambil sebarang permohonan pada ketika itu.
Jika disabit bersalah atas kesalahan membunuh, Salehuddin berdepan hukuman mati.

Sumber : CNA/HA/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.