Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes bunuh di HDB Clementi: Keluarga lelaki tertuduh dapatkan khidmat peguam baginya

Anggaran Waktu Membaca:
Kes bunuh di HDB Clementi: Keluarga lelaki tertuduh dapatkan khidmat peguam baginya

Gambar: Mak Jia Kee/CNA

Diterbitkan : 30 Oct 2024 12:23PM Dikemas Kini : 30 Oct 2024 12:25PM
SINGAPURA: Seorang lelaki yang dituduh membunuh seorang lelaki berusia 41 tahun di Clementi Avenue 4, sudah mendapatkan khidmat beberapa orang peguam untuk membelanya.

Toh Chee Hong, yang berdepan hukuman mati kerana membunuh Encik Khoo Chin Wah Winson pada 21 Oktober di Blok 311B Clementi Avenue 4, tampil seketika di mahkamah pada Rabu (30 Okt).

Peguam Josephus Tan, Cory Wong, Devlin Mohyong dan Silas Siew daripada Invictus Law memberitahu mahkamah tersebut bahawa keluarga Toh baru-baru ini mendapatkan khidmat mereka untuk membela Toh.

Pihak pendakwa berkata siasatan kes itu sudah selesai dan meminta agar Toh ditahan bagi penilaian psikiatrik, untuk menilai sama ada dia mengalami sebarang isu fikiran tidak normal.

Pihak pembela tidak membantahnya.

Kes itu akan disebut semula pada 20 November depan.
Perkembangan itu didedahkan selang dua hari selepas pihak polis membawa Toh pada Isnin pagi ke tempat kejadian, di mana jenayah tersebut dipercayai dilakukan.
Gambar: Mak Jia Kee/CNA
Gambar: Mak Jia Kee/CNA
Blok tersebut di mana serangan itu didakwa berlaku adalah sebahagian daripada Trivelis, pembangunan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di bawah Skim Reka, Bina dan Jual (DBSS).

Pergerakan di sekitar blok-blok itu disekat oleh akses kad dan lobi lif juga berpagar.

Pihak polis sebelum ini menyatakan Toh dan mangsa tersebut saling mengenali satu sama lain, menurut siasatan awal.

Jika didapati bersalah, Toh boleh dijatuhi hukuman mati.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan