Kes bunuh di Chin Swee Road: Suspek dibawa semula ke lokasi kejadian
Salah seorang daripada dua lelaki yang dituduh melakukan pembunuhan di Chin Swee Road pada Sabtu lalu (8 Nov), dibawa semula ke tempat kejadian pada Rabu (12 Nov).
Anggaran Waktu Membaca:
- Salah seorang daripada dua lelaki yang dituduh melakukan pembunuhan di Chin Swee Road pada Sabtu lalu (8 Nov), dibawa semula ke tempat kejadian pada Rabu (12 Nov).
- Poh Choon Kiat, 59 tahun, dengan kedua-dua tangan dan kakinya digari, dibawa ke blok 51, sambil diiringi oleh beberapa anggota polis.
- Poh adalah antara empat lelaki yang didakwa terbabit dalam pergaduhan pada 8 November lalu, hingga menyebabkan seorang lelaki 56 tahun mati ditikam.
- Jika disabit kesalahan membunuh, Poh boleh dijatuhi hukuman mati.
SINGAPURA: Salah seorang daripada dua lelaki yang dituduh melakukan pembunuhan di Chin Swee Road pada Sabtu lalu (8 Nov), dibawa semula ke tempat kejadian pada Rabu (12 Nov).
Poh Choon Kiat, 59 tahun, dengan kedua-dua tangan dan kakinya digari, dibawa ke blok 51, sambil diiringi oleh beberapa anggota polis.
Poh, yang juga ditangkap atas kesalahan berkaitan dadah, dibawa ke tingkat 17 untuk disoal siasat.
Polis juga membawanya ke tingkat 16 dan kemudian ke tingkat 19 di mana mereka memasuki sebuah unit flat.
Poh adalah antara empat lelaki yang didakwa terbabit dalam pergaduhan pada 8 November lalu, hingga menyebabkan seorang lelaki 56 tahun mati ditikam.
Jika disabit kesalahan membunuh, dia boleh dijatuhi hukuman mati.

Sumber : CNA/AA/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.