Skip to main content

Singapura

Kes bunuh di Ang Mo Kio: Suspek 66 tahun dibawa ke tempat kejadian

Seorang lelaki warga Singapura berusia 66 tahun yang didakwa membunuh seorang wanita berusia 67 tahun dibawa semula ke tempat kejadian di Ang Mo Kio pada Selasa (21 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Kes bunuh di Ang Mo Kio: Suspek 66 tahun dibawa ke tempat kejadian
Diterbitkan : 21 Jan 2025 03:04PM Dikemas Kini : 21 Jan 2025 03:05PM
SINGAPURA: Seorang lelaki warga Singapura berusia 66 tahun yang didakwa membunuh seorang wanita berusia 67 tahun dibawa semula ke tempat kejadian di Ang Mo Kio pada Selasa (21 Jan).

Ng Chen Heng dituduh menyebabkan kematian Lim Suan Lian antara 27 dengan 29 November di Blok 125 Ang Mo Kio Avenue 6.

Dia dituduh menyebabkan kematian Lim pada 30 November lalu.

Ng tiba di blok Ang Mo Kio itu pada kira-kira pukul 9.07 pagi dengan menaiki sebuah van putih.

Dia memakai kemeja polo berwarna merah, seluar pendek gelap dengan kedua-dua belah tangan dan kakinya digari.

Sambil digiring oleh lima pegawai, dia dibawa ke tingkat empat blok berkenaan.

Polis memasang hadangan sepanjang lapan unit bagi menghadang kawasan di depan unit tersebut di mana perbuatan jenayah itu dilaporkan berlaku.

Beberapa pegawai polis ditempatkan di setiap hujung penghadang itu bagi mengawal tempat kejadian.

Ng dan beberapa pegawai polis memasuki unit tersebut selama lebih dua jam, sebelum dia menaiki van yang sama dan meninggalkan tempat itu.

Jiran tetangga berkata suspek sering kedengaran bertengkar dengan mangsa dan beberapa kali dikunci dari rumah tersebut.

Hukuman bagi kesalahan membunuh adalah hukuman mati.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita