Kes baru COVID-19 di S'pura hari ini 3,383

Orang ramai bersantai di Marina Bay, Singapura. (Gambar: Nuria Ling/TODAY)
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 3,383 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Sabtu (12 Mei).
Ia terdiri daripada 3,285 jangkitan tempatan dan 98 kes import.
Tiada kematian dilaporkan.
Berikut maklumat yang perlu anda tahu:
KEMAS KINI KEADAAN
Kes baru pada 14 Mei: 3,383
Kes baru tempatan: 3,285
Kes import: 98
Jumlah kes baru Protokol 2: 2,992
Ini terdiri daripada 2,916 jangkitan tempatan dan 76 kes import.
Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.
Lagi 391 kes disahkan menerusi ujian PCR.
Sebanyak 369 adalah jangkitan tempatan manakala 22 adalah kes import.
Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,240,233
KEMATIAN
Kes kematian pada 14 Mei: 0
Jumlah kematian sejauh ini: 1,362
Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.42, jatuh berbanding 1.48 semalam (13 Mei).
Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.
Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.
KEADAAN DI HOSPITAL
Seramai 260 pesakit masih dirawat di hospital, turun berbanding 266 semalam (13 Mei).
Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 31
Dipantau rapi di ICU: 8
Seramai 3,755 pesakit dibenarkan keluar hospital.
PERKEMBANGAN VAKSINASI
Setakat Jumaat (13 Mei), 96 peratus penduduk Singapura yang layak divaksin di bawah program vaksinasi nasional.
Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah lengkap dua dos: 92 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 75 peratus
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.