Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes aniaya pengawal keselamatan meningkat sewaktu pandemik COVID-19: Tinjauan

Lebih 40% pengawal keselamatan yang ditinjau menjadi mangsa cacian dan kelakuan kasar sejak pandemik COVID-19 bermula.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Mar 2021 07:28PM Dikemas Kini : 26 Mar 2021 02:47PM

SINGAPURA: Para pengawal keselamatan tidak lama lagi boleh membuat laporan menggunakan aplikasi bijak apabila berdepan dengan masalah di tempat kerja.

Ini selepas satu tinjauan ke atas lebih 1,000 pengawal keselamatan mendapati, lebih 40 peratus daripada mereka menjadi mangsa cacian dan kelakuan kasar sejak pandemik COVID-19, menurut dapatan tinjauan yang dikeluarkan pada Khamis (25 Mac).

Jumlah tersebut adalah 10 peratus lebih tinggi berbanding sebelum pandemik melanda.

Sekitar 50,000 pengawal keselamatan dikerahkan di merata Singapura apabila pandemik COVID-19 melanda.

Mereka memastikan semua mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat, selain tugasan lain sebelum ini.

Dengan lebih ramai orang bekerja dari rumah juga, para pengawal keselamatan juga sering dipanggil untuk membantu menghuraikan pertikaian dalam kalangan penduduk.

Lebih membimbangkan lagi, lonjakan kes sebegini paling ketara di kalangan agensi-agensi keselamatan.

Bagi mencegah lebih banyak kes berbentuk penderaan, Kesatuan Pekerja Keselamatan (USE) bakal melancarkan satu aplikasi mudah alih untuk memudahkan para pengawal keselamatan melaporkan sebarang kes salah laku di tempat kerja.

Wadah tersebut dijangka akan dilancarkan pada suku ketiga tahun ini.  

Sumber : CNA/AQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan