Kes aniaya Kinderland, pengubahan wang haram $1.8 bilion bakal dibangkitkan di Parlimen minggu depan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Isu pengubahan wang haram dan kes-kes penganiayaan murid prasekolah akan menjadi tumpuan Parlimen apabila ia bersidang pada Isnin (18 Sep).
Para Anggota Parlimen (AP) sudahpun memfailkan lebih 130 soalan. Lebih 30 soalan difailkan berhubung kes pengubahan wang haram bernilai $1.8 bilion baru-baru ini.
Para AP mahu tahu pelbagai aspek kes itu termasuk langkah pencegahan terhadap perniagaan haram dan jenayah rentas sempadan.
20 soalan pula difailkan berhubung kes seorang bekas guru prasekolah di Kinderland yang dikatakan mendera kanak-kanak di bawah jagaannya.
Sebilangan AP turut memfailkan soalan berkaitan pengumuman Perdana Menteri Lee Hsien Loong sewaktu Rapat Umum Hari Kebangsaan.
Ini termasuk pindaan dasar-dasar utama dalam perumahan dan jagaan warga emas.
Ada yang turut mengajukan soalan mengenai Pilihan Raya Presiden baru-baru ini di mana kad undi tambahan dihantar kepada sebilangan pengundi sementara nama sejumlah pengundi lain dikeluarkan daripada daftar.
Di samping itu, AP Parti Pekerja Sylvia Lim akan mengemukakan usul penangguhan berhubung wang yang lesap ekoran kejadian-kejadian penipuan dan perisian hasad.
Dalam sidang Parlimen yang sama, tiga Rang Undang-Undang akan diperkenalkan meliputi topik termasuk cukai pendapatan dan zon perdagangan bebas.

Sumber : CNA/NY/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.