Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes amah dera anjing: Pihak berkuasa timbang jika individu lain perlu didakwa

Pihak berkuasa menyatakan pada Khamis (28 Nov) ia sedang menilai jika seorang lagi individu perlu didakwa dalam kes amah yang mendera anjing 'poodle' hingga haiwan itu mati.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes amah dera anjing: Pihak berkuasa timbang jika individu lain perlu didakwa

(Gambar: Facebook/Tan Derrick)

Diterbitkan : 28 Nov 2024 07:06PM Dikemas Kini : 28 Nov 2024 07:07PM
SINGAPURA: Pihak berkuasa menyatakan pada Khamis (28 Nov) ia sedang menilai jika seorang lagi individu perlu didakwa dalam kes amah yang mendera anjing 'poodle' hingga haiwan itu mati.

Pada Selasa (26 Nov), warga Myanmar Junny Lal Awn Pui dihukum penjara sembilan bulan selepas mendera seekor anjing 'poodle' yang dinamakan Boyboy, dengan memukul serta menggantung haiwan itu di balkoni.

Amah berusia 26 tahun itu didapati bersalah atas tiga tuduhan mendera haiwan.

Dokumen mahkamah menunjukkan bahawa amah itu diarahkan oleh majikannya, seorang wanita berusia 37 tahun bernama Heng, supaya menjaga haiwan itu secara berasingan daripada dua lagi anjing peliharaannya.

Ini termasuk arahan untuk memukul anjing itu dan menggantungnya.

Nama penuh majikannya dan pihak lain yang terlibat dalam kes itu digugurkan daripada dokumen mahkamah.

Apabila ditanya jika sebarang tindakan diambil terhadap majikannya, Lembaga Taman Negara (NParks) dan Pejabat Peguam Negara (AGC) sedang "menilai jika sebarang tindakan pendakwaan perlu diambil terhadap individu lain yang terlibat dalam kes itu".
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan