Kes AHTC: Majlis bandaran tarik balik tuntutan berbilion dolar; selesaikan dengan pemimpin WP
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA; TODAY)
SINGAPURA: Dua majlis bandaran yang mengenakan tuntutan saman ke atas para pemimpin Parti Pekerja (WP) kerana dipercayai menyalahgunakan dana majlis bandaran sudah menyelesaikan kes tersebut selepas proses pengantaraan.
Kedua-dua majlis bandaran menarik balik tuntutan dan semua pihak menanggung kos guaman masing-masing.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Cik Sylvia Lim, Encik Low Thia Khiang, Encik Pritam Singh, Encik Chua Zhi Hon dan Encik Kenneth Foo, mereka menyatakan sudah menyelesaikan tuntutan undang-undang masing-masing dengan Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC) dan Majlis Bandaran Sengkang (SKTC) menerusi satu perjanjian.
Ini bermakna kedua-dua majlis bandaran, yang diwakili panel-panel bebas, bersetuju menarik balik tuntuan bagi kerosakan.
Dari segi kos, semua pihak akan menanggung kos masing-masing.
Mahkamah sebelum ini merujuk kepada kemungkinan kesukaran untuk menentukan kerosakannya dan semua pihak sedang mengambil langkah-langkah persiapan bagi pusingan seterusnya perbicaraan untuk menentukan kerosakan apabila penyelesaian dicapai.
Para peguam AHTC dan SKTC memberitahu CNA bahawa mereka tidak ada apa-apa yang ingin ditambah selain daripada apa yang sudah dinyatakan dalam kenyataan tersebut.

Sumber : CNA/NK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.