Skip to main content

Singapura

Kerusi meja ikonik di kolong blok jadi ilham pelajar TP reka set perabot mesra alam, jimat ruang

Anggaran Waktu Membaca:
Kerusi meja ikonik di kolong blok jadi ilham pelajar TP reka set perabot mesra alam, jimat ruang

Pelajar Politeknik Temasek, Emil Azkiputrasha, antara empat pelajar di sebalik penghasilan rekaan dinamakan "That's Cap!".

Diterbitkan : 27 Sep 2026 08:43PM
SINGAPURA: Kerusi meja berwarna biru yang ikonik dan lazimnya dapat dilihat di kolong flat HDB di Singapura menjadi ilham bagi Emil Azkiputrasha dan rakan-rakannya bagi projek untuk pertandingan mereka produk-produk mesra alam.

Pelajar tahun kedua kursus Diploma Pengalaman & Reka Bentuk Produk di Politeknik Temasek itu menghasilkan rekaan dinamakan "That's Cap!" bersama tiga lagi pelajar.

Mengambil masa selama dua bulan, Emil dan rakan-rakan menghasilkan produk itu dengan memastikan bahawa bahan yang digunakan bahan-bahan terpakai seperti botol dan kadbod.
Related article image
"Singapura tidak banyak ruang dan rumahnya lebih kecil. Jadi, kerana rumahnya kecil kita juga perlu terus menjimat ruang bukan? Jadi, kenapa buat tempat permainan dan meja makan berasingan sedangkan ia boleh bersatu biar jimat lebih ruang," kata Emil.

Projek mereka juga diinspirasikan daripada meja makan yang jimat ruang di Vietnam.

"Kami lihat reka bentuk meja makan yang di Vietnam itu ringkas dan kecil tetapi juga boleh digunakan oramg dewasa. Jadi kita menggunakan plastik dan botol plastik, tempat duduknya kami menggunakan kadbod yang berlapis biar ia menjadi lebih kuat," jelas Emil.

Ketinggian meja juga boleh disesuaikan dengan penggunaannya.

Ini antara kelebihannya sehingga terpilih sebagai finalis pertandingan projek terbaik sempena kempen kemampanan "You Won’t Believe It’s Trash (Y.W.B.I.T.)".

Ia merupakan satu kolaborasi antara Lendlease Malls dengan Politeknik Temasek (TP) bagi mencabar kreativiti pelajar-pelajar dari Sekolah Rekaan TP mengolah semula bahan terbuang menjadi rekaan yang inovatif dan praktikal.

HASIL CIPTAAN PELAJAR DIPAMERKAN DI PUSAT BELI-BELAH LENDLEASE

Sehinga 29 September ini, reka bentuk para finalis seperti Emil dipamerkan di pusat membeli-belah Parkway Parade.
Related article image
Pameran reka bentuk pelajar-pelajar Politeknik Temasek di Parkway Parade yang berakhir pada Selasa (29 Sep).
Antara reka bentuk pelajar-pelajar lain yang juga mesra alam termasuk beg, aksesori dan lain-lain lagi.

Para pengunjung boleh mengundi projek pilihan mereka.

Reka bentuk yang menerima undian tertinggi akan memenangi baucar Lendlease bernilai S$3,000.
Sumber : BERITA Mediacorp/SF/sf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita