Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keruntuhan FTX: Kesan 'sangat terhad' terhadap sistem kewangan & ekonomi SG, kata DPM Wong

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Nov 2022 06:02PM Dikemas Kini : 30 Nov 2022 10:19PM
SINGAPURA: Keruntuhan pertukaran mata wang kripto FTX mempunyai kesan yang "sangat terhad" terhadap sistem kewangan dan ekonomi Singapura yang lebih luas.

Demikian dikatakan Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong di Parlimen pada Rabu (30 Nov).

Institusi kewangan utama di negara ini kurang pendedahan kepada mata wang kripto dan pemain dalam industri, tambah beliau sambil memetik pemantauan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS).

Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, menarik perhatian bahawa pihak berkuasa tidak ada jumlah pelabur runcit Singapura di FTX kerana platform itu tidak diberikan lesen dan tidak beroperasi di Singapura.
"Malangnya, mereka yang melabur dalam mata wang kripto melalui platform global FTX sudah kehilangan wang mereka," kata beliau.

Melangkah ke hadapan, MAS bercadang untuk memperkenalkan langkah perlindungan pelabur asas, seperti mentadbir ujian kesedaran risiko untuk pelanggan runcit.

Pengawal selia kewangan itu menerbitkan kertas perundingan bulan lalu dan akan memuktamadkan cadangan tersebut selepas menerima maklum balas daripada industri dan orang awam, kata Encik Wong.
Encik Wong berkata keruntuhan FTX dan platform kripto utama lain seharusnya memberi "penjelasan yang diperlukan" dalam ruang mata wang kripto.

"Kesan ke atas ekosistem mata wang kripto masih berlaku dan kami sedang memantaunya," kata beliau dalam parlimen.

"MAS berulang kali memberi amaran sejak 2017 bahawa urus niaga dalam mata wang kripto adalah berbahaya dan peristiwa baru-baru ini sudah membuktikan bahayanya, kata beliau.

Encik Wong juga mengulangi bahawa MAS tidak ada sebab untuk menyenaraikan FTX dan pelabur mereka dalam senarai amaran kerana tidak ada bukti bahawa platform itu memperdaya pengguna di Singapura.

Sedang pihak berkuasa merancang untuk mengkuatkuasakan langkah pengawalseliaan yang sesuai untuk melindungi pelabur runcit, Encik Wong menekankan bahawa MAS "tidak dapat menghalang penyedia perkhidmatan DPT daripada gagal atau pelanggan daripada mengalami kerugian".

"Platform mata wang kripto boleh runtuh disebabkan oleh penipuan, model perniagaan yang tidak mampan atau pengambilan risiko yang berlebihan. FTX bukanlah platform mata wang kripto pertama yang runtuh, dan juga bukan yang terakhir," katanya.

"Mereka yang melabur dalam mata wang kripto harus bersedia untuk mengalami kerugian. Tiada jumlah peraturan yang boleh mengelakkan risiko ini."
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan