Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kertas rundingan berhubung perkongsian kerugian saksama bagi kes penipuan bakal diterbitkan Oktober ini

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemerintah Singapura akan menerbitkan kertas rundingan bulan depan berhubung rangka kerja perkongsian kerugian yang saksama bagi penipuan kewangan.

Demikian menurut Menteri Negara Perdagangan dan Perindustrian Alvin Tan pada Isnin (18 Sep).

Rangka kerja tersebut, yang bermatlamat menggariskan bagaimana kerugian daripada penipuan dikongsi antara pengguna dengan institusi kewangan, diumumkan buat kali pertama pada Februari 2022. Ini setelah S$13.7 juta secara keseluruhannya lesap di tangan penipu, melibatkan hampir 800 pelanggan OCBC.

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menyatakan sebelum ini bahawa ia akan menerbitkan sebuah draf rangka kerja bagi rundingan awam dalam masa tiga bulan. Namun, proses tersebut mengambil masa "lebih lama daripada yang dijangkakan" disebabkan kerumitan isu itu, nyata pengawal selia kewangan dalam satu jawapan parlimen sebelum ini.

Memberi kemas kini di parlimen pada Isnin, Encik Tan berkata: "Meskipun ia mengambil masa yang lebih lama daripada yang diinginkan, pemerintah menyasarkan untuk menerbitkan kertas rundingan mengenai rangka kerja itu bulan depan, dengan memberi tumpuan kepada penipuan pancingan data sebagai permulaan."

Beliau berkata demikian semasa menjawab usul penangguhan yang difailkan Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP) Sylvia Lim, yang meminta kemas kini bagi draf rangka kerja itu.

Cik Lim juga memberi tiga saranan tentang bagaimana untuk melindungi pelanggan perbankan dengan lebih baik daripada terjebak dalam kes penipuan. Misalnya, beliau menggesa agar pemerintah mempertimbangkan idea dari bidang kuasa lain seperti Britain, di mana mulai tahun depan, bank di sana dikehendaki oleh undang-undang untuk membayar balik mangsa penipuan.

Encik Tan menjawab dengan menjelaskan bahawa pihak berkuasa sedang memantau perkembangan di luar negara dan akan "mengambil kira" tentang langkah berkenaan, memandangkan rangka kerja perkongsian kerugian itu sedang dibangunkan dengan lanjut, termasuk bagi jenis penipuan lain dalam ekosistem pembayaran digital.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan