Skip to main content

Singapura

Kertas Putih Pembangunan Wanita: Wanita boleh jalani pembekuan sel telur tanpa kira status perkahwinan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Bermula tahun depan, wanita berusia 21 hingga 35 tahun di Singapura boleh memilih untuk membekukan sel telur mereka tanpa mengira status perkahwinan mereka.

Menurut Kertas Putih mengenai Pembangunan Wanita Singapura yang dikeluarkan pada Isnin (28 Mac), Pemerintah mengesyorkan bahawa langkah itu akan dilaksanakan dengan "perlindungan mencukupi" untuk memastikan wanita membuat pilihan yang bijak.

Hanya pasangan yang sudah berkahwin boleh menggunakan sel telur yang dibekukan bagi proses mendapatkan anak, kata Menteri Negara Pembangunan Sosial dan Keluarga Sun Xueling.

Pada masa ini, pembekuan sel telur di Singapura hanya dibenarkan atas sebab perubatan. Ini termasuk keadaan di mana sesuatu rawatan itu diketahui kan menjejas kesuburan, atau keadaan di mana risiko barah ovari memerlukan organ itu serta tiub falopian perlu dibuang.

“Pemerintah menyokong dan menggalakkan rakyat Singapura untuk berumahtangga dan menjadi ibu bapa seawal mungkin,” tambahnya.

"Tetapi kami akur bahawa terdapat wanita yang bimbang mereka tidak dapat mencari pasangan yang sesuai ketika mereka muda, namun mereka mahu peluang untuk hamil dan berkeluarga apabila mereka berkahwin kelak."

Selepas mempertimbangkan pelbagai pilihan, Pemerintah menyarankan untuk memberi wanita pilihan untuk menjalani pembekuan sel telur, kata Cik Sun.

“Namun sebelum prosedur itu dijalankan, mereka akan diberi kaunseling. Ini bagi membolehkan dan memastikan wanita membuat pilihan berhemah,” kata Cik Sun.

Prosedur pembekuan sel telur itu akan dijalankan di bawah Akta Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan pada awal 2023.

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita