Kertas Putih COVID-19 berbentuk 'muhasabah diri, adil, jujur'; pandangan rakyat paling penting
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Ooi Boon Keong/TODAY
SINGAPURA: Kertas Putih COVID-19 yang memberikan butiran mengenai tindak balas Singapura terhadap pandemik, adalah adil dan mencapai keseimbangan kerana jujur dan mengkritik tindakan Pemerintah sendiri, menurut penganalisis politik.
Sungguhpun demikian, penilaian terbaik terhadap Pemerintah dan laporan tersebut ialah sama ada rakyat Singapura bersetuju atau tidak dengan semakan tindak balas itu, kata seorang penganalisis.
Kertas Putih yang dikeluarkan pada Rabu (8 Mac) menggariskan bagaimana pandemik itu berlaku sejak kes pertama yang diimport pada Januari 2020 hingga Singapura memasuki tahap endemik dan hidup dengan COVID-19.
ADAKAH PEMERINTAH CUKUP JUJUR?
Encik Andrew Yeo, pengarah Global Counsel bagi rantau Asia, sebuah firma penasihat dasar awam, berkata bahawa laporan Pemerintah itu mengikuti "dasar yang perlu diketahui".
Ini terutamanya apabila laporan itu "mampu melibatkan hal berunsur emosi dan politik, memilih siapa yang perlu diutamakan dalam keadaan pandemik”.
Sebagai contoh, penguasa kesihatan United Kingdom membuat rayuan membantah arahan Pejabat Pesuruhjaya Maklumat negara itu untuk menerbitkan semakan tindak balasnya, kata Encik Yeo.
"Dalam hal ini, saya fikir apa yang diterbitkan (dalam Kertas Putih) adalah adil dan mempunyai nada yang sesuai iaitu jujur dan mengkritik diri sendiri," tambahnya.
Pandangan Encik Yeo dikongsi oleh penganalisis lain yang turut memuji semakan itu.
BOLEHKAH SEMAKAN ITU DIBUAT PIHAK LUAR?
Bagaimanapun, para penganalisis mempunyai pendapat berbeza-beza mengenai semakan tindak balas yang diterajui bekas ketua perkhidmatan awam Peter Ho dan dilakukan pelbagai agensi pemerintah.
Profesor Madya Eugene Tan, pensyarah undang-undang dari Universiti Pengurusan Singapura (SMU) berkata Encik Ho sudah bersara daripada perkhidmatan awam, dan beliau "seorang yang mempunyaipandangannya sendiri dan boleh diharap untuk memberikan penilaian yang adil".
"Semakan yang dijalankan oleh pihak luar akan menelan belanja yang jauh lebih tinggi dan mengambil masa yang lebih lama serta tidak menjanjikan manfaat berbeza."
Sebaliknya, Dr Felix Tan dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) berkata semakan luaran akan menyediakan "penilaian yang lebih seimbang terhadap usaha Pemerintah semasa pandemik".
Namun, pendapat rakyat Singapura berhubung semakan itu akan menjadi pertimbangan terbaik terhadap Pemerintah dan hasil penemuan kertas itu, tambahnya.
AKANKAH PARTI PEMERINTAH HILANG SOKONGAN PENGUNDI PADA PILIHAN RAYA AKAN DATANG?
Meskipun Kertas Putih itu jujur dalam menyenaraikan kelemahan dalam tindak balas COVID-19 Pemerintah, para penganalisis yang dihubungi Mediacorp itu berkata ia tidak mungkin memberi kesan negatif kepada Parti Tindakan Rakyat (PAP) semasa Pilihan Raya akan datang.
Bahkan, mereka meramalkan kesan politik yang positif.

Sumber : Today/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.