Kerosakan MRT punca kelengahan Laluan Utara-Selatan
Anggaran Waktu Membaca:
- SMRT Trains melaporkan kelengahan ketara pada Laluan Utara-Selatan MRT antara Ang Mo Kio dan Woodlands pagi Jumaat akibat kerosakan.
- Penumpang ditawarkan pilihan menggunakan MRT atau bas percuma di stesen terjejas sehingga khidmat dipulihkan secara berperingkat.
- Khidmat MRT kembali beroperasi sepenuhnya sekitar 8.13 pagi dan bas percuma dihentikan selepas itu.
- LTA menjelaskan kelengahan MRT diklasifikasikan sebagai kecil atau besar, bergantung pada tempoh dan skala gangguan untuk memaklumkan penumpang.
SINGAPURA: Khidmat MRT di Laluan Utara-Selatan (NSL) mengalami kelengahan akibat kerosakan pada pagi Jumaat (26 Dis) yang menjejaskan sebanyak lapan stesen MRT.
Dalam catatan Facebook pada pukul 7.38 pagi, SMRT Trains menyatakan bahawa kelengahan “ketara” itu menjejaskan khidmat MRT antara Ang Mo Kio dan Woodlands, menuju ke arah Jurong East.
“Para penumpang boleh terus menggunakan khidmat MRT atau menimbangkan khidmat bas percuma di stesen-stesen yang terjejas,” menurut SMRT, sambil menambah bahawa khidmat bas percuma disediakan antara Ang Mo Kio dan Woodlands.
Khidmat MRT dipulihkan secara berperingkat kira-kira 20 minit kemudian, menurut kemas kini SMRT.
Pada pukul 8.13 pagi, SMRT melaporkan bahawa khidmat MRT dari Ang Mo Kio ke Woodlands sudah kembali beroperasi dan khidmat bas percuma sudah dihentikan.
Awal bulan ini, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan bahawa kelengahan khidmat MRT akan diklasifikasikan kepada dua kategori utama iaitu kelengahan kecil dan kelengahan besar bagi tujuan untuk memaklumkan penumpang.

Pengumuman di media sosial tidak akan dibuat bagi kelengahan kecil iaitu insiden yang dijangka dapat dihuraikan dalam tempoh 30 minit dan penumpang akan dinasihatkan supaya terus menggunakan khidmat MRT.
Kelengahan besar, yang merujuk kepada insiden-insiden yang memerlukan lebih daripada 30 minit untuk dihuraikan, diperlukan membuat pengumuman melalui pelbagai saluran iaitu di stesen dan dalam MRT, laman web masa nyata LTA yang baharu serta catatan di media sosial.
Dalam menentukan sama ada sesuatu insiden diklasifikasikan sebagai kecil atau besar, LTA akan mengambil kira faktor-faktor seperti jarak laluan yang terjejas dan sama ada gangguan berlaku pada waktu sibuk atau di luar waktu sibuk.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.